Friday 31 March 2017

Pengalaman : Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum, bello! Okay, aku ada jemput beberapa kawan aku untuk menulis pengalaman dorang sebagai pelajar asasi dan matriks, tapi aku sendiri tak tulis pengalaman aku sebagai seorang pelajar asasi kat UPM. Not fair isn't it? Aku dpt 8A1B untuk SPM and AsPer adalah pilihan kedua aku dalam UPU.

First of all, apa itu sains pertanian? Okay nampak daripada nama tu kebanyakkan orang akan mengelak untuk include asasi ni dalam senarai dorang. Sebab apa? Sebab nama pertanian tu sendiri. Tapi, apa yang kebanyakkan orang tak tahu is, asasi ni sama je macam asasi lain. Cuma kita akan ambil subjek tambahan which is pertanian. Korang tetap akan ambil maths, bio, physics, chemistry, english, sains komputer. Pertanian ni senang je seriously sangat senang score. Salah satu subjek yang menaikkan pointer aku. Okay, aku tak nak cerita panjang. I planned to make it short.

Pastu, nak cakap kenapa amik ASPer ni untung sebab korang boleh apply semua program pengajian yang UPM offer. Bukan Pertanian semata tau. Korang boleh je amik Medic kat sini. Contoh medic kan, kalau daripada asasi lain/ matrik UPM akan demand 4.00 tapi kalau korang student ASPer 3.75 je minimun pointer asasi untuk apply. Untung kan?

Okay, apa yang istimewa sangat asasi ni? First, korang akan ada 3 sem. 3 sem maknanya 3 kali masuk elaun. Tak ke masyuk tu? Dua, korang tak payah kusut nak masuk degree sebab semua pelajar asasi UPM ni akan masuk degree kat UPM. Tak compete pun dengan pelajar asasi lain or matrik or diploma or STPM. Tiga, akan ada kelas english masa sem 1, korang akan serba sedikit dilatih untuk jawab paper MUET. So, masa MUET nanti korang dah ada rough idea lah macam mana. 

Asasi ni dikenali sebagai ASPer in short for asasi sains pertanian. Ada 3 sem dalam masa setahun. Cuti sem seminggu je. Okay, tu serba sedikit. Dalam masa seminggu korang akan settle down dengan orentasi asasi dan kolej. Mungkin lebih. Aku pun tak ingat sangat. Orentasi asasi tak lama pun. Enjoyable sangat. Siap dapat makan free lagi tau sepanjang orentasi. *jimat duit aku* 

Move on to penginapan. Asasi ada 3 kolej penginapan which is Kolej 13, Kolej Pendeta Zaaba dan Kolej Muhammad Rashid. Aku stay kat Kolej 13. Kolej 13 ni banyak aktiviti kalau nak bandingkan dengan kolej lain. Bukan nak kata kolej lain takde aktiviti, tapi kalau duduk kolej 13, kau kena involve dengan aktiviti tu. Mana taknya 70% penghuni pelajar asasi. Tak boleh nak harapkan kat pelajar degree. Padahal pelajar degree yang kena kejar aktiviti ni semua sebab dorang perlu kutip merit untuk stay kolej. Pastu korang bila join aktivit akan dikatakan dapat sijil. Okay, setakat ni aku dah join 2 aktiviti yang menjanjikan sijil, tapi hampeh. Takde pun. Nipu je semua tu. So, aku nasihatkan korang kalau masuk Kolej 13 ni korang tapaya join apa - apa pun takpe sebab tak menjejaskan korang pun.

Move on to tempat kuliah. Untung juga jadi pelajar asasi ni sebab kuliah semua dekat - dekat. Tak perlu nak bergerak ke fakulti lain. Sama ada kat Pusat Asasi (1, 2, 3, 4) ataupun kat Kompleks Akademik E yang sangatlah dekat. Jalan kaki je. Kalau ada lab physics, kat Asasi 4. Semuanya dekat - dekat. Korang akan turun kat busstop library dan kena jalan sikit nak pergi pusat asasi. Sebab pusat asasi ni kira kat hujung kampus jugalah. Bas tak lalu kat situ. 

Cerita pasal bas. Aku selalu lambat gi kelas sebab bas. Kalau kau tau yang waktu kol 8 tu kebayakkan orang ada kelas, tolonglah jangan jadi macam aku. Prepare awal kalau boleh sejam awal. Aku 30 minit nak kuliah baru gerak. *tolong jangan contohi ye adik - adik* Satu benda yang aku suka nak pesan, kalau dah terlambat tu masuk je kelas. Jangan ponteng. Ada sesetengah lecturer akan marah korang masuk lambat, ada yang kan perli, ada yang tak kisah. Kalau yang marah tu, pandai - pandai lah siap awal. Kalau yang tak kisah tu masuk je. Nanti at the end of the class korang minta maaf sebab terlambat.

Prinsip aku, better late than never. Kenapa tak nak masuk kelas bila terlambat? Sebab malu bangun lambat is it? No! Baik kau masuk kelas. Lebih baik kau dapat ilmu yang sikit ciput tu daripada kau skip kelas. Masa sem 1 memang boleh cakap full class selalu. Masuk sem 2 dah berani skip kelas. Sem 3? Hm.. boleh bilang berapa je yang ada dalam kelas tu. Tak kira lelaki ke perempuan. Okay aku dah start membebel.

Apa yang menjadi cabaran is bila pelajar degree cuti. Dan yang ada dalam kampus cumalah pelajar asasi. Maka semuanya akan kurang. Bas, kedai makan semua akan kurang. Kalau korang prepare awal nak gi kelas biasa, bila degree cuti lagi korang kena prepare awal. Bas sangat limited. Sampai satu tahap kau akan call teksi. Aku tak tipu. Memang ada satu phase dimana aku call teksi nak gi kelas. Kau kongsi lah dengan kawan - kawan yang tak dapat masuk bas tu. Kena dalam RM1.50 je sorang.

Nasib baik kolej 13 ni memang kolej asasi, jadi kafe kolej sentiasa buka tak kisah lah degree cuti ke tak. Cuma, masa aku sem 3, masa dah tinggal baki beberapa minggu je kitorang nak habiskan asasi, kafe tutup sampai kitorang habis asasi. Katanya tukar contractor tapi entahlah. Ada je pelajar asasi kolej lain turun makan situ sebab kedai mostly tutup. Kedai burger kolej 13 akan tutup masa degree cuti sebab yang jaga kedai burger student degree. So korang akan rasa sedikit seksaan lah dalam 2 bulan centu. 

Apa lagi ek aku nak cerita? Hm... oh ya. Exam. Satu sem ada 3 kali exam. 2 kali test, 1 final exam. Setiap bulan ada. Satu sem dalam 3 bulan je. Korang test malam. Siang tu kuliah, malam tu ada paper. Paper test sejam je. Dalam 3 soalan macam tu. Lagi satu, penting sebenarnya untuk korang bina networking antara pelajar asasi waktu ni. Sebab apa? Sebab ada lecturer yang akan bagi spot untuk student dia. Korang kena pandai minta lah kat kuliah lain. Trust me, kalau korang baca semua memang boleh pecah kepala otak. *melainkan korang pelajar gifted* Jadi kebanyakkan nya akan focus kat spot yang Dr. bagi. Bayangkan biology satu sem korang akan belajar belasan chapter. Satu test 3 to 5 chapters akan masuk. 

UPM bagi akses yang mudah kat pelajar untuk pergi ke KTM Serdang. Akan ada satu bas yang akan bawa korang pergi situ. Dan sometimes, kitorang naik bas tu untuk pergi The Mines. Korang turun kat stesen KTM Serdang pastu kena jalan kaki sikit untuk sampai ke The Mines. Tempat paling save lah kiranya sebab duit tambang dah jimat berbanding kalau korang pergi IOI Mall. Aku akui aku lagi suka pergi IOI tapi bila dah teringin nak makan Subway ke, KFC ke dan duit untuk survive minggu tu sangat lah sikit, maka pilihan yang kau ada is The Mines. Kalau naik teksi pergi IOI kena dalam RM15. Tu baru pergi. Kalau balik lagi mahal. Paling mahal masa balik aku pernah kena RM19. Tu baru duit tambang. So, kalau nak keluar tu carilah kawan. Roommates ke kuliahmates ke. Ada lagi satu alternative student cab. Ada student degree yang dah bawa kereta and dorang ada sediakan servis ni. Memang murah lah. Pergi IOI paling mahal pun RM8. Tengok orang lah.

Dan aku masih pelik kenapalah orang tak nak apply Asasi Sains Pertanian ni sedangkan ASPer ni best gila kot. Bila masuk degree pun bonding kuat lagi. In fact, korang ada contact seluruh UPM kot, untuk semua fakulti. Bila nak handle program pun senang. Sebab nama pertanian je korang tolak UPM sebagai salah satu pilihan UPM. Kemon lah. Hahahahaha. 

Aku dah tak tau nak cerita apa sekarang dan aku rasa aku patut stop menaip lebih banyak masih banyak assignment beserta lab report dan juga tutorial yang perlu disiapkan. Hahaha. I really hope this is helpful and please include this foundation program as your choice. Bye.

NOTE: PLEASE READ ALL THE COMMENTS BEFORE ASKING QUESTIONS BCS I WILL NOT REPLY REPEATED QUESTIONS.

Jangan tanya agak - agak korang dapat masuk asper ke tak sebab aku tak tahu. Tahun ni mungkin 4A dapat masuk tahun depan mungkin tak dapat. Kemasukan pelajar diluar bidang kuasa aku, maaf memang aku tak tahu dapat masuk ke tak.

Any enquiries you can drop it on the comments, email me or dm me thru IG @mardiafadil. (No need to follow just send message)

144 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layak, awak. Cantik dah result tu sebab yang tak A tu B+ je. Kalau ikut sistem, mmg awak layak memohon. Selebihnya kita biarkan Allah tentukan sama ada dapat ke tidak kita masuk nnt. ;) Nanti kalau dapat masuk, bgtau please.

      Delete
    2. Alhamdulillah dapat kak 😄😄😄 macam mana ye nak contact akak dengan lebih lanjut untuk buat pertanyaan hehe

      Delete
    3. Alhamdulillah. Adik boleh contact akak kat twitter or instagram. Nanti nak no phone akak bagi kat situ. Sini public sangat nak bagi no phone.
      twitter : @_AinieMardia

      Delete
  2. Assalamualaikum.Result SPM saya 8A 1C+. C+ nya Add Math. Saya dah letak UPM sebagai first choice. Dapat tak ya agaknya?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, awak. Yang tu akak tak sure. Cuba awak check kat sini https://online.mohe.gov.my/upu/epanduan/syarat/vMenuSyarat.php?jenprog=spm

      Delete
  3. Kak saya straight A tapi saya non-bumiputera so kak rasa bolehtak saya dapat asper ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, awak. Kuliahmates saya ada je non bumi. ;)

      Delete
  4. Dgr cite sistem asper akan berubah utk batch 2017...betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. Akan ada kurikulum baru untuk sesi 2017/2018

      Delete
    2. Berubah mcm mana tu kak ? ����

      Delete
    3. Dulu zaman saya asper ni 3 sem. Tapi sekarang ni asper 2 sem. Itu melalui apa yang lecturer asasi saya bgtau lah.

      Delete
  5. Kak, Cuti raya asper berapa hari ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Todia belum masuk dah tanya cuti. Cuti ni bergantung dik. Selalunya akan dapat seminggu. Tapi boleh je kalau nak lebih korang kena kawtim dengan lecturer lah minta lebih. Huhu.

      Delete
  6. Akk, nak kene bawa cermin tak ? (Jgn gelak tau hahahhah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau adik nak bawa cermin bawa je dik. Kadang tu kolej yang adik dapat tu cermin kat luar je ada. Kadang mmg ada kat dalam satu. So, bawa je. Saya dulu bawa je senang nak tepek skincare. Haha.

      Delete
  7. Akak, alhamdulillah saya dapat asasi sains pertanian ni. Mmng asper ni 1st choice saya. Based on apa yg akak share, saya rasa mcm untungnya dapat asper. Doakan saya ya akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah dik. ASPer ni memang seronok berdasarkan apa yang akak dah lalui. Nanti apa - apa boleh lah contact akak kat email. Sebab kadang tu jarang buka blog ni. mardiafadil@gmail.com

      Delete
  8. Akak,pakaian ke kelas atau kuliah bebas ke? Maksudnya tak perlu lah kemeja long sleeve yg formal tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bebas tapi masih ada guideline. Macam lelaki korang boleh je pakai tshirt yang tak perlu gosok tu tapi tshirt kena berkolar and kasut bertutup/sandal. No slipper. Tu je lah. No need long sleeves shirt pun. Tapi bawa lah kadang - kadang ada lecturer yang prefer kita pakai mcm tu bila ada presentation.

      Delete
  9. Assalamualaikum kak, saya nak tanya lepas habis asper ni boleh ke saya guna utk sambung dentistry kat universiti luar memandangkan upm takde course tu. Saya mmg considering dietetik dan dentistry. Jadi sekarang, ni, saya nak confirmkan yg saya boleh pergi 2 2 bila saya dh buat keputusan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, dik. Kurang pasti dik. Tapi batch akak ada je yang keluar lepas asper. Procedure akak kurang tau lah.

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Boleh berikan info mengenai aktiviti surau dan usrah juga program keagamaan di pusat asper nih? memandangkan silibus asper tidak ada subjek agama seperti asid (asasi sains uitm). saya amat hargai jika penulis memberi respon atas soalan ini. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asper takde subjek agama, betul. Tapi surau kolej yang adik duduk selalunya ada je aktiviti. Depends kolej mana lah. Ada juga usrah luar. Tapi akak tak sarankan adik follow usrah - usrah luar ni. Sbb dia tak berdaftar. Bukan tak boleh sebarkan dakwah. Tapi, kadang tu apa yang dia sampaikan tu bertentangan dgn sunnah. Ni berdasarkan pengalaman akak sendirii lah. Kadang sampai bawa bercuti ke luar. Benda macam ni merumitkan pusat asasi sebab kalau apa2 terjadi nanti pusat asasi yang kena tanggung padahal program yg adik pergi tu tak berdaftar.

      Delete
  12. Kak, saya ingin tahu telefon line mana yang elok? Celcom? Maxis? Atau lain-lain. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling elok celcom. Maxis kureng sikit. redONE pun okay. U - mobile ada certain kolej mmg tak dpt line langsung. Depends lah.

      Delete
    2. Umobile kat kpz okay tak?

      Delete
  13. Assalamualaikum. akak, cuti raya berapa hari eh Asper ni? 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Belum masuk asper dah ready nak beli tiket ke ni dik? Haha. Selalunya dapat seminggu. Tapi depends jugalah pada pentadbiran masa tu. Alah, korang boleh je kawtim dengan lecturer kalau nak cuti lebih. Bisa diatur.

      Delete
  14. kak saya nak tanya..kenapa yuran upm lebih mahal berbanding asasi lain?dan kemanakah duit itu akan digunakan?mohon pencerahan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lah dik, akak tak kerja bahagian bendahari universiti nak tau kenapa mahal apa semua. Tapi apa yang akak tau, yuran research university mmg akan mahal sikit drpd non - research u. Hehe. Takat tu je akak tau. Kalau degree kita ada book plan and meal plan. Tu buat mahei kit lah.

      Delete
  15. Salam nak tanya. Kuota utk medic brapa org ya? Biasa nya pointer utk msuk medic upm at least brapa ya? ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Medic UPM quota 100 tak silap. At least 4.00 melalui upu. And 3.75 untuk ASPer. Kenapa asper 3.75 je? Sebab kami kira CGPA. Kalau melalui upu pointer korang akan amik top subjek je. That's why kalau tak silap.

      Delete
  16. Salam nak Tanya satu, kolej kmr oktak how abt toilet kmr bersih?. Kuata medik untuk asper student brp org boleh terpilih

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersih je inshaAllah sebab ada cleaner. Sorry saya tak stay sana. Kuota tu tak brp sure sbbkadang tu sistem berubah.

      Delete
  17. Kak nk tanya . kalau saya wktu ting5 x ambil subjek bio,physic dngn chemistry boleh tak klau saya nk apply untuk asasi sains pertanian ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh dik. Memang kena ambil subjek tu semua sebab asasi sains pertanian ni sama je macam asasi biasa cuma dia tambah subjek pertanian. Tak silap masa batch saya, fizik dan subjek sains pertanian spm ni setaraf. Maknanya kalau tak amik fizik tapi amik sains pertanian boleh lah apply. Tapi biologi dan kimia mmg compulsary untuk masuk asasi sains upm.

      Delete
  18. Assalamualaikum kak, tempoh pengajian sains pertanian ni setahun je ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam awak, ye Asper ni setahun je. lepas tu sambung degree terus

      Delete
  19. Akak, kalau amik sains pertanian ni masa degree boleh mohon mana mana course jala ? Kalau medic pun boleh ?

    ReplyDelete
  20. Akak, kalau amik sains pertanian ni masa degree boleh mohon mana mana course jala ? Kalau medic pun boleh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh2....make sure skor 3.85 above..lps iv..then dpt ler

      Delete
  21. Akak, kalau saya amik asasi sains pertanian ni, saya boleh further into chemical engineering ke?

    ReplyDelete
  22. Akak kalau nk contact akak dgn lebih detail ade nombor tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dm ig saya. InshaAllah saya reply. 😊 @mardiafadil

      Delete
  23. Akak, kalau nk contact akak dgn lebih detail mcm mne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dm ig saya. @mardiafadil

      Delete
    2. Akakk, akak dh tukar nama ig ehh sya cari tak jumpa laaa 😌

      Delete
  24. akak nak tanye sikit dkt asper ni semua pelajar pandai2 meletop ke....ade x yg result spm bwh 5A ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang pasti ttg result spm tu. Sbb bila dah masuk U, ppl forget abt spm dy. Org dah tak kisah spm dpt brp.

      Delete
  25. SYARAT KEMASUKAN

    Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Program Asasi Sains Pertanian:
    Calon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya;

    (i) Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, dan
    (ii) Gred C+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,
    dan lulus matapelajaran sejarah serta
    (iii) Gred B dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
    Biologi
    Kimia
    Matematik
    Matematik Tambahan dan
    Fizik,
    Sains Pertanian


    layak sangat :D
    Insya Allah .. harap kita dpt jadi ASPerians batch 2018 sama2 :)))))

    ReplyDelete
  26. Akak .. Betul ke klu masuk asper ni ada yg akt kat sawah dsb ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya bukan penulis blog ni, tapi saya ada buat research sikit sikit pasal course ni, saya ada terjumpa satu blog yang cakap mmg mereka ada pergi sawah, siap tunjuk gambar kat sawah lagi.. harap membantu :)

      Delete
    2. Betul. Sebbab tu adalah salah satu amali pertanian. Biologi amali masuk lab. pertanian amali mcm2. Ada yang melawat ladang kembu, kambing and rusa, bagi rusa minum susu etc. Best. That is what most of us miss during foundation. Ada yang melawat kilang chocolate, masuk pasar tani.

      Delete
  27. salam akak..nk tnya ade ke pinjaman or biasiwa untuk program asasi sebab yuran asper ni agak mahal..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. Foundation tu kira murah lagi dik. Nanti masuk degree lagi mahal. Tapi yuran upm ni dah masuk kolej kediaman. Kalau ikut yuran pengajian sama je macam uitm. And UPM ni research universiti so mungkin yuran orang claim mahal. Takde biasiswa atau pinjaman untuk mana2 foundation kecuali IPTS sbb boleh mencecah belasan ribu untuk foundation kat ipts. Tapi korang akan ada elaun untuk setiap sem. Zaman saya dulu dpt dalan 2.5k satu sem. Sekarang tatau lah brp.

      Delete
  28. Berapa yuran asper masa pendaftaran ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, tak ingat lah diknon. Dah 3 tahun dah asper. Tapi awal tu dlm 1k+. Tak silap 1.3k. Tapi nanti duit tu masuk balik kalau layak terima elaun.

      Delete
  29. Assalamualaikum kak, saya farra. boleh saya tahu,
    1. bahasa pengantar asasi sains pertanian ni apa ya?
    2. kalau pakaian, perempuan boleh tak pakai palazo?
    3. sekarang ni asper 2 semester kan? kalau macam tu, elaun tetap sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.
      1. Bahasa pengantar tu bahasa masa lecture ke? Kalau dalam lecture, ikut lecturer. Kalau dia nak guna english, english lah. Kalau dia nak guna melayu, melayu lah. But pls take note, during my time, ada international lecturer, so mmg english la kalau dpt dorang.

      2. Kau pakai je apa2 dik asalkan sopan. Pakai seluar jeans pun takde hal. HAHAHAHA. Cuma, ada sesetengah lecturer tak suka. Dia jenis nak pakaibaju kurung je. So kau prepare jelah bawa lebih2 sikit.

      3. Elaun2 kali dapat. Tapi amount yang korang dpt tu aku tatau sama lg ke tak mcm zaman aku.

      Harap membantu.

      Delete
  30. Klu habis asasi ni kan smbng degree dlm sains saja ker atau boleh sains n sastera pnya degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau boleh sambung semua course degree yang ada dlm upm ni. Luar upm pun boleh kalau ipts.

      Delete
  31. Salam kak. Nak tanya biase laki yg mohon Aspersenang tak nak dpat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. Tak sure pulak dik. Tak kerja bhgn pendaftaran pelajar. Huhu

      Delete
  32. assalamualaikum kak,boleh tak nak tau berapa ramai student asper batch akak?

    ReplyDelete
  33. Hi kak. I got 8A+ 2A 1A- in SPM 2017. Asper is my 2nd choice in the upu website. But I really want to join asper. Does the ranking if choice affects the enrollment? I'm an Indian. So, how about the quota for non bumis? Is there any possibility for me getting Asper?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Does the ranking of choice*

      Delete
    2. Rasanya kalau result bagus macam ni , mesti dia bagi first choice ��

      Delete
  34. Selamat sejahtera kak..nak Tanya.. Saya dapat 6A 4B+ dan 1B ...boleh tak saya akan dapat ASPER..

    ReplyDelete
  35. Hai akak! Alhamdulillah, saya dapat ASPer ambilan sesi 2018/2019.. But im not sure la nak pergi ka x.. Sbb saya dapat matrikulasi kedah & kolej mara kulim jugak. Hmm akak rasa saya patut masuk mana?😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik sy pun dpt batch yg sama. 😊

      Delete
    2. kalau nak banding asper dgn matriks, baik masuk asper. Sebab matrics mcm school based. And confirm degree dah kalau masuk asper tinggal nak pilih course je. Tak kisah pointer berapa pun mesti dah ada tempat utk degree dlm upm. Tapi matrik kalau degree kena apply upu balik and lebih banyak saingan. kena compete matrik the whole malaysia + foundation lain + stpm lg.

      Delete
  36. salam kak, nanti degree boleh smbg course pndidikan cthnya major biology, physics dll ka? sbb saya tgk di laman web upm course pndidikan yg boleh pilih ada sains pertanian ja utk degree.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pada tahun tu. Kadang tak buka quota untuk bachelor physics/ biology with edu.

      Delete
  37. asslm..kak, nnti lps habis asasi, klau nk apply utk course degree nanti, pointer tu based on result sem 2 atau sem 1+sem 2? satu lgi nk tnye, klykn utk memilih course tu brgntung kpd pointer ke? (mohon pencerahan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. pointer average sem 1 + sem 2. And yes, ofc bergantung pada pointer.

      Delete
  38. salam kak ,elaun semua pelajar asper akan dpt ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman aku dulu 2.5k tapi nanti yang masuk dalam akaun pelajar sikit je sbb tolak yuran. Sok kiranya korang tapaya bayar yuran. Apa yang masuk akaun korang tu baki yuran.

      Delete
  39. Sem 2 kene bayar yuran jgak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sem 2 kena bayar yuran juga. Tapi kalau dapat elaun nnt automatik tolak akaun je. Tapaya bayar pun.

      Delete
    2. Kalau tk ambil sub bio tapi ambil sub kimia , fizik boleh tk apply ?

      Delete
    3. tak. basic 4 tu kena ada. add maths, bio, kimia, phy/sains pertanian

      Delete
  40. Assalamualaikum.
    Kalau saya ambil ASPer ni..pastu degree nnt saya ambil course veterinary boleh x??

    ReplyDelete
  41. Salam... Saya nak tanya. . Mudah tak nak masuk upm ni? Adakah kelayakan memasuki upm ni tnggi?

    ReplyDelete
  42. Syarat ke upm susah tak? Saya lepasan matriks.

    ReplyDelete
  43. Salam... Boleh tau bila masa dibuka utk apply asper ni ye? Sama dgn matriks ke? TQ

    ReplyDelete
  44. kalau tk ambik fiz memang tkleh apply asper ni ke? hm

    ReplyDelete
  45. salam.. nk tanya klau x de ambil sains pertanian waktu spm boleh apply asper ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Kalau tak amik sc pertanian, kena ada physics.

      Delete
  46. Salam, Kak.. Nak tanya masuk asper ni ade interview tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk ada star or hashtag tak pada nama program

      Delete
  47. Salam kak
    Nak tanye, klau join asasi ni bile nak amik degree nanti, bole apply dentistry tak ?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  48. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  49. Kalau result total a ade 5 sub. And the rest semua b+ which include bio and chem ? Agak agak kalau mohon boleh dapat tak?

    ReplyDelete
  50. Kak.. nak tanye kalo lps asasi result x hebat sgt still boleh sambung degree kt upm ke??

    ReplyDelete
  51. Hello akakkk...nk tnya sy lepasan spm 2018 and my result yg pure sc sume B+ n Bio got B lah😂. Nk tau la chance nk dpat tempat tu ada tak? Saya letak first option. And bkn exaggerate kt sini hehehe tapi saya punya teras all A+ n A...tq 😀

    ReplyDelete
  52. Salam kak , saya ade mohon asper kat upu and saya letak first choice and saya ade jugak mohon asasi umk mara yg dekat kolej mara kulim then dh dpt surat tawaran nye but masih ragu ragu nk terima sebab nk tunggu upu dulu. Saya nak mintk pndgn akak which better if i get both . Asper di upm or asasi di kolej mara kulim ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I dont know which is better for you, dik. Only you know which is better for you. It depends on what you wanna do after foundation. Try to think where you wanna go after foundation and check which foundation is better for what you wanna do in future. Good luck!

      Delete
  53. Hi kak saya nak tanya about penginapan di upm nanti, kalau utk asper satu bilik berapa org kak? And then dia mix tak non Muslim and Muslim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa org satu bilik bergantung pada kolej mana awak dapat. Muslims and non - muslims tak sebilik.

      Delete
  54. Hi sye nak tnye .sye dpt 11a for SPM .sye minat nak amek veterinary time degree dkat upm.klau msuk asper ni adkh chances utk sye msuk veterinary kat upm time degree lebih tinggi dari asasi di universiti y lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kelonggaran for AsPer compared to non asper untuk masuk any courses offered by UPM

      Delete
  55. Assalam, boleh tak akak jelaskan mcm mana kediaman upm ni, maksud saya 1 bilik berapa org, keududukan katil, dan tandas dalam bilik atau di hujung koridor. semoga akak jwb soalan saya

    ReplyDelete
  56. Akak sekarang thn ke berapa?

    ReplyDelete
  57. Masa batch akak dulu ada ramai x sabahan n sarawakian?

    ReplyDelete
  58. Hi. Mcm mana kalau nk smbung dkt upm degree accounting akak? Kan masa asasi tu belajar bnyk pasal science semua tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb dlm asasi ada maths. Thats why eligable utk apply course degree dlm upm

      Delete
  59. Hi. Saya dh dpt tawaran ke Asper ni.. Saya ada pelbagai jnis soalan nk tnya..mcm mna eh nk contact akak?

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum kak.. Saya dh dpt tawaran asper ni di UPM.. Nk tanya klau saya smbg asper ni blh smbg degree dkt upm bachelor accounting x?? One more, ade x org yg x brp pandai speaking english but then lama2 pandai speaking english bila buat presentation semua... Harap dapat dibalas.. Terima kasih😄 Done follow akak😁

    ReplyDelete
  61. waalaikumsalam. Kalau asper, SEMUA course yg ada dlm UPM boleh apply. English tu ramai je broken so tapaya rasa down kalau rasa English tak bagus. Ramai je kawan2 yg speak tp lekat ganu/kelantan. lecturer tak kisah pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak sbb jawab soalan saya.. Saya ade follow ig akak.. Tapi nk tanya lg stu.. Utk elaun pelajar akan semua pelajar dpt elaun ke?? Or ade spesifik gaji mak ayah x boleh lebih??
      And then nti ade boleh tkar bilik ke??

      Delete
    2. Tak sure la. Zaman saya dulu semua dpt elaun tu. Bilik not sure. Bcs my time was masa dtg baru tau bilik

      Delete
  62. Akak, buku untuk subjek asper pulak mcm mana? Mahal tak? Mana nak beli buku2 tu semua?

    ReplyDelete
  63. Akak yuran pendaftaran berapa?

    ReplyDelete
  64. Hi kak nak tanya kursus asasi ni ajar dlm bahasa melayu ke bahasa inggeris? Boleh tak dapat degree utk belajar medicine?

    ReplyDelete
  65. Akak, perlu x utk study balik addmath,math,chemist,bio and physics sek menengah before start masuk asper nnti? Kalau ya, ada specification utk study chapter yg mana ya? ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut la nak study ke tak. Saya dulu tak study pun. Haha

      Delete
  66. Akak surat akuan bebas dadah dan kuasa tu sapa yg perlu tanda tangan contoh saksi?

    ReplyDelete
  67. Hi akak, if saya failed one subject kat test 1, bahaya tak untuk pointer saya for whole foundation, like do i still have peluang utk 4.0 or i need start to redho

    ReplyDelete
  68. Hi akak , akak rasa saya layak tak untuk masuk upm , sebab saya saya tak amik bio , saya cuma ambil physics , chem , add math , grafik komunikasi teknikal ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk ASPer, upm mmg nak yg ada bio. But, don't worry you can always masuk UPM masa degree. Sbb byk course yang UPM tawarkan. Don't lose hope!

      Delete
  69. kak, result saya 7A 2B,layak ke masuk

    ReplyDelete
  70. kak , markah merit pon dikira ke kalau nak masuk asper ?

    ReplyDelete
  71. Kak ,sye dpt 4A2B3C
    Bolh x mohon asasi upm 2020

    ReplyDelete
  72. subjek pertanian tu belajar cemana?? susah tak?? hehe

    ReplyDelete
  73. laki ke perempuan yg lagi ramai ambik ASPer...laki ramai tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki dgn perempuan sama² ramai. Tp takde la exactly 50:50.

      Delete
  74. Salam dik...akak nk ty bg pihak anak...dia dpt twrn asper...chances utk medic bila degree mudah ke

    ReplyDelete
  75. Hai kak..nak tnya skit..saya bdk diploma poli(aliran sains gak..budak food tech)..astu saya nak mohon asasi sains pertanian ni blh x?maksudnya lpas abis diploma..saya nak buat asper ni..agak2nya blh x kak..mohon pencerahan skit..

    ReplyDelete