Saturday 21 May 2016

Pengalaman : Asasi Sains UiTM

Entry kali ni special sikit. Sebab apa? Aku ada jemput kawan² aku dari serata asasi untuk share serba serbi pengalaman dorang sebagai pelajar asasi kat institusi yang berlainan. Kira join venture lah. InshaAllah pengalaman yang dorang sudi share dengan korang ni akan beri manfaat.

First of all aku nak ucap terima kasih sebab kawan aku ni berbesar hati untuk share kehidupan dia sebagai seorang pelajar asasi uitm. Pengalaman kali ni adalah hasil perkongsian daripada saudari Nurul Fadhilah *schoolmate aku masa f4 & f5*

*****
BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk menggunakan jari jemari halus untuk kongsikan sedikit (banyak ok) info tentang Asasi Sains di UiTM. Pertama dan selama-lamanya TAHNIAH diucapkan kepada pelajar/mahasiswa yang akan menghadap Asasi Sains di UiTM, kerana dalam lebih daripada belasan ribu orang yang memohon, anda telah terpilih untuk menjadi sebahagian daripada mahasiswa di UiTM. Asasi Sains yang juga dikenali sebagai Foundation in Science (FIS) adalah salah satu program Asasi yang ditawarkan oleh UiTM yang berpusat di UiTM Kampus Dengkil (Kampus baru sejak 2015). Nak dijadikan cerita, dulu UiTM ni punya Asasi merata, ada di Shah Alam, Puncak Alam dan sebagainya. So, dulu Asasi Sains ni berada di UiTM Puncak Alam (PALAM) tapi sekarang Centre for Foundation Studies (CFS) berpusat di UiTM Kampus Dengkil. Sebagai akak-akak pioneer yang tinggal di UiTM Dengkil selama satu semester je takde lah banyak sangat yang akak boleh share. Tapi inshaAllah akak harap akak dapat share sepenuhnya untuk adik-adik yang nak tahu tentang Asasi Sains di UiTM ni.

Antara subjek yang akan dihadapi oleh bebudak FIS di UiTM Dengkil ni ialah BIOLOGY, CHEMISTRY, PHYSICS, MATHEMATICS, CTU (macam agama) & ELC (English). Untuk dapatkan 4 rata yang sering diimpikan kita kena score semua subjek tersebut. Nampak macam banyak je kan. Bersyukur, sebab bagi akak subjek yang UiTM bagi taklah berat mana kalau ni bandingkan Uni lain. Tapi tak berat pun kenalah skor no matter what. Okay untuk system markah ni, 50% memang di ambil dari carry mark yang consists of 2 Tests ( Test 1 & 2 ), Quizes ( Depends on lecturer ), assigntments ( depends on lecturer gak), presentations (depends on lecturer), essay, dan sebagainya. Macam mana nk kira? Masuklah dulu. InshaAllah lecturer akan terangkan satu per satu. Lagi 50% tu depends on Final Exam kita. Untuk grading UiTM akak tak berapa pasti sangat tapi inshaAllah kalau carry mark above 40, kita dah boleh aim untuk dapatkan A- sekurang-kurangnya. inshaAllah. Tapi final memang kena pulun habis. Hehehehe. Okay kelas start seawal 8.30 pagi, paling lewat kelas 6.30 petang tapi jangan risau gap antara kelas tu 10 minit, sempat je nak nap sekejap (tipu gila) hehehe, kalau gap waktu Zuhur serious boleh balik rumah (Kolej) untuk makan and solat. Orang kata nak tidur 10 minit pun sempat je, sebab memang berlari je daripada blok akademik ke kolej. Tak percaya? Sebab Kampus Dengkil ni kecik je. Kawan jerit kat padang pun kita boleh dengar lagi. Biasanya akak kalau kelas 8.30, 8.15 pun relaks lagi jalan. Tapi, nak menuntut ilmu ni, kita kena datang awalkan, doa apa patut… jangan lah lewat-lewat tak baik. Okay macam mana system lecture/kuliah? Kita akan gabung dengan sebuah kelas je (paling sikit), paling banyak 5 kelas gabung sekali, tu pun depends on timetable. 5 kelas gabung sekali akan belajar dekat dalam lecture hall. Kalau 2 kelas je gabung sekali memang dalam kelas jelah. Tapi jangan risau cukup je. And Alhamdulillah selesa sangat. Don’t worry. 

Okay habis cerita pasal tu, kita bercerita pasal kolej pulak. Untuk siswa (lelaki) ada 3 blok kolej, Tualang 1,2 & 3. Untuk siswi (perempuan) ada 3 blok kolej jugak , Dahlia 1,2 & 3. Satu rumah consists of 6 orang , ada 3 bilik tidur dan satu bilik 2 orang. Apa ada dalam bilik? Untuk setiap bilik cuma ada katil & locker besi je. Memang kecik sikit tapi muat je nak solat and orang kata bila bilik lagi kecik ni lagi dekat, memang pun terasa ukhuwahnya~~ meja study disusun sebaris dekat luar, memang best suasana macam ni sebab kalau nak tidur, terus masuk bilik tanpa gangguan, inshaAllah ehehehe. Setiap rumah ada 2 bilik air (bershower) memang takkan berebut toilet pun, sebab tak semua ada kelas pagi. So jangan lah risau sangat. Ampaian ada dekat balcony, memang mula-mula rasa macam tak muatnya ampaian ni, tapi jangan complaint ok! Gilir-gilir lah nak basuh baju, fikir sebagai seorang hamba Allah yang tak selfish ye? Kemudahan mesin basuh ada siap pengering lagi haaaa kelas betul tapi jangan weekend baru nak basuh baju memang beratur panjang lah hahaha. So set time and hari yang tak busy untuk basuh baju. Kolej siswi memang dipagar so siswa takkan dapat masuk kolej perempuan. Nak jogging petang-petang amatlah digalakkan boleh je keliling kolej Dahlia untuk rasa secured sikit. Ada court tenis, netball, badminton di setiap kolej. Court futsal tak silap ada 2 tapi selalunya akan dipenuhi pelajar lelaki so nak tengok perempuan berfutsal memang jarang sekali. Setiap blok ada sediakan surau. Tapi nak rajin boleh jalan ke Pusat Islam untuk solat jemaah, tak jauh pun. Apa lagi ye? Cukuplah itu sebagai info paling random akak boleh kasi, nak tahu kenalah rasai pengalaman hidup di UiTM Dengkil, berbaloi inshaAllah. Selesa and sangatlah best! Last but not least, bila mana Allah telah memilih kita menjadi seorang pelajar, maka belajarlah bersungguh-sungguh hingga ke penghujungnya, kerana sesiapa yang berjalan ke majlis ilmu, akan dipermudahkannya jalan ke Syurga. Siapa taknak Syurga betul tak? Foundation life? Just relax and enjoy~ you gonna do it!


*****
Semoga bermanfaat, guys.