Saturday 19 October 2019

Pengalaman: Turkey Short Vacation (Part 1)

Assalamualaikum and hello semua! I think it's been a while since I've wrote anything on my blog. So this time I decided not to bebel too long because what I'm going to share today is damn long wei. My trip to Turkey will be in a few entries because I wanted to share about everything. So, in this blog post, aku akan cerita tentang places I went je. The food, the shopping tips aku akan cerita dalam post seterusnya.

Last August, me and my family went to Turkey for vacation. Kami adalah sejenis manusia yang bila pergi vacation, tak suka nak fikir where are we heading next? How are we going to get there? What are we having for lunch? No. Vacation is where we are having time for each other. Hari - hari lain masing - masing dah sibuk dengan kerja lain. Anak - anak sibuk dengan kerja universiti, bapak sibuk dengan audit dia, mak sibuk dengan kerja rumah. Jadi, masa bercuti adalah masa yang kitorang tak nak langsung busy dengan apa - apa. Kami sanggup bayar lebih demi percutian yang hassle free.

My mum was the one who's responsible for the vacation as in she was the one who's googling and surveying which company we should take. She's been doing this for more than a year before the date. So we decided to go Turki dengan Andalusia Holidays. It took us RM4.3k for the package. Pada aku, murah. Kenapa? Sebab harga tiket sahaja pun boleh cecah hampir 2k. Pakej ni fullboard dan termasuk entrance fee untuk tempat - tempat yang akan kami lawat.

Me holding the Andalusia flag


Penerbangan kami adalah pada 15 Ogos jam 11:05PM dan dijangka tiba di lapangan terbang baharu Istanbul pada 05:05AM hari berikutnya menaiki Turkish Airlines. Turkish Airlines ni tak ada masalah makan sebab makanan dia memang sedap. Cuma aku tak lalu nak makan breakfast dia sebab omelette yang aku dapat tak reach consistency yang aku suka. Jadi, breakfast aku tak habis. 

Day 1: Istanbul to Bursa

We met our tour guide for the first time after touch down. He was a graduate from local university in tour guide course. I never knew that such course exist! Masa kitorang sampai, masing - masing lapar. Kenapa? Waktu Malaysia, it was lunch hour. Memang menggelegak la perut masing - masing. Kami sempat beli Simit  je yang kat tepi - tepi jalan. Tempat pertama yang kami pergi adalah ke Hagia Sophia. Entrance fee Hagia Sophia ni 72TL. Tapi kami tak perlu bayar pun sebab memang dah termasuk dalam harga pakej. Dan setiap tempat yang kitorang lawat, semua kami masuk secara express. Kenapa? Tour guide kami ni daripada agensi pelancongan yang famous juga sebenarnya di turki ni. Dalam phone tour guide tu dah ada QR Code where bila sampai je kat gate, dia akan scan untuk kita and kita jalan je. Tak perlu nak beratur untuk tiket.

Ceiling of the Hagia Sophia



Pada hari pertama lawatan, kami sepatutnya melawat Hagia Sophia, Masjid Biru, Ayyub al - Ansari dan Hippodrome. Disebabkan kami sampai agak lewat, yakni pada tengahari, Masjid Biru dah ditutup untuk lawatan. Sebabnnya, masa tengah hari, Masjid Biru dah ready untuk solat jumaat. Sebab tu masjid ditutup untuk lawatan untuk memberi ruang kepada solat jumaat. Tour guide kami - Hilmi cadangkan supaya kami melawat Masjid Biru pada hari terakhir lawatan sebab hari terakhir tu kami akan kembali ke Istanbul.

Kelebihan ada tour guide bukan setakat ada orang untuk handle pengangkutan dan makan minum, tapi ada orang untuk terangkan satu persatu tentang sejarah disebalik satu - satu kejadian. Contohnya, kenapa ceiling Hagia Sophia lukisan Christian lagi kuat daripada selepas penaklukan Othmaniah, kenapa banyak gambar Mother Mary etc. Betul, you can read most stuffs kat internet dan juga buku yang ada tapi pada aku, it's more enjoying kalau ada explaination real life macam tu dan kau boleh direct tanya untuk apa - apa yang kau curious. 

Lepas ke Hagia Sophia, kitorang pergi ke Hippodrome. Hippodrome ni kawasan terbuka je. Takde entrance gate atau entrance fee pun. Walking distance je daripada Hagia Sophia tu. Hippodrome ni ada tiga tugu tinggi dan setiap tugu tu ada maksud sendiri. Semua tugu yang ada tu semua tinggal bekas je sebab mostly dah pecah, rosak sebab natural disaster. Istanbul ni, kawasan aktif gempa. Daripada dulu sampailah sekarang. Sebab tu banyak kawasan bersejarahnya dah tak sesempurna dulu. 

Then habis melawat Istanbul untuk day one. Sebelum kitorang meneruskan perjalanan, we had our lunch at local restaurant - Kebab House. Kitorang ke Bursa naik feri merentasi Marmara Sea. Suasana dia macam kau naik feri pergi Pulau Pinang. It was enjoying sebab kau penat baru sampai, jet lag lah kononnya.

Entrance sebelum naik feri
Sebelum sampai seberang (Marmara Sea)

Fun fact: Jalan kat Turki ni tak selebar kat Malaysia. Bila naik bas tu, rasa seram je sebab kau rasa kereta/bas/lori kat sebelah rapat sangat. Tapi sebenarnya memang macam tu jalan kat sana.

You can see one lane to another lane tak selebar Malaysia

Sampai je kat Bursa, kami ke Munira. Munira ni satu bangunan yang jual macam - macam benda. Paling popular Turkish Delight dan Baklava. Semua benda kau boleh rasa tapi nauzubillah harga dia. Mampu je beli sebenarnya tapi keluarga aku jenis tak makan benda manis. Tak kisah la daripada madu ke, gula ke, stevia ke memang tak suka. Bukan sebab takut glucose ke apa. So aku rasa kalau aku beli adalah satu pembaziran. Sebab apa? Sebab nak beli dia bukan sikit - sikit. Kena beli sekilo. Banyak weh sekilo siapa nak habiskan.

Kat Munira ni ada juga jual teh macam - macam flavour macam kat Cameron Highlands tu. Perisa apple, mango etc. And banyak juga jual minyak. Minyak rambut minyak wangi and banyak lagi. Jangan risau, orang sini ada yang pandai cakap melayu. No kidding. And banyak yang boleh cakap english. 




Aku tak habiskan masa aku kat Munira ni sebab aku tak minat dengan apa yang dijual. Jadi aku keluar awal dan masuk dalam bas. On wifi dan ye mulakan tabiat anti sosial. It's not that I don't enjoy shopping, it's just not the thing that I fancy to buy. So why should I waste money. 

Malam pertama kami di Turki, kami tidur di Tiara Termal Hotel. Kebanyakkan hotel kat sini yang ada nama termal ni ada spa/artificial hot spring. Tapi of course lah berbayar. Mahal nok. Sekali masuk dalam 30 Euro juga. Itu paling murah la. We had our dinner at the hotel.

Day 2: Bursa to Kusadasi

Hari kedua kami mulakan dengan sarapan pagi di hotel. Untuk orang yang tak cerewet makan pada aku boleh je survive dengan makanan Turki ni sebenarnya. Seawal jam 8:00AM kami dah bergerak naik bas. Perjalanan hari ini kami akan ke Kusadasi. Destinasi lawatan pertama kami adalah ke Grand Mosque atau local people panggil Ulucami. 


Tempat baca khutbah

Ablution space

Prayer Section

Fun fact: Local people panggil masjid dorang Cami. Derived from perkataan arab jami'. Kenapa orang sini tak panggil masjid macam kita? Sebab dorang tak nak masjid ni jadi rigid untuk tempat solat dan beribadah je. Masjid ni untuk tempat berkumpul juga.

Bagusnya Turki ni, dia separatekan tempat solat dan tempat melawat dan masjid. Supaya masyarakat dia boleh beribadah walaupun menjadi tempat tarikan pelancong.  Bawah Grand Mosque ni ada tempat shopping tapi Hilmi tak bagi kami pergi since we are chasing time. And tempat shopping dia sangat besar. We might get lost in there. Kalau sesat, bazir masa dah. 

Next stop kami ke Green Mosque. Berapa banyak masjid kitorang visit pun aku dah lost count. Pada aku Green Mosque ni paling cantik sebab dia warna Turqoise. Green Mosque ni dulunya bukan semata - mata masjid, green mosque ni dulu adalah satu institusi pendidikan. Kat sini lah para ulama rehat, kat sini ada kindergarden, ada sekolah menengah belajar ilmu apa semua. Dia ada banyak bilik. Setiap bilik tu ada fungsi dia. Dan tiles yang ada tertampal kat masjid ni semua adalah tiles asli daripada zaman pembuatan dia lagi. 

Green Mosque




Kat depan masjid ni ada tempat solat. Dan kalau korang observe betul - betul, tempat kat hujung tempat solat ni ada satu silinder yang attached kat dinding. Dan silinder ni boleh berpusin. Fungsi silinder ni adalah untuk bagi amaran kalau ada gempa. Kalau ada gempa, silinder tu akan berpusing atau bergerak. 

This cylinder will show some movement if there is earthquake


Fun fact: Turqoise adalah Turkish Green/Blue.

Kat luar green mosque ni ada satu tomb yang menempatkan banyak kubur sultan. But I couldn't be bothered to get inside because aku tak suka pergi kubur sebenarnya. Then bawah tu ada Silk Market. Silk Market is where banyak produk sutera bursa dijual. Bukan tu je, manik, dan segala jenis kain ada jual. Kat sini banyak tudung yang aku tak jumpa kat tempat lain. Dah harga dia pun ehem ehem. Mahal lah juga. Tapi cantik. Kat luar silk market ni ada je kedai lain yang jual tudung. Aku cadangkan korang pergi je jalan kat kedai lain dulu sebab kedai kat luar dulu sebab luar silk market tu murah.

Contohnya, fridge magnet kat silk market ni kalau yang 5TL kurang cantik. Kalau yang cantik sikit 7.50TL until 15TL. Tapi kat kedai luar boleh je dapat design yang sama for only 5TL. 



Kat Turki kebanyakkan toilet berbayar tau. Tapi dalam Silk Market ni toilet dia tak payah bayar. And.. toilet dia sangat cantik. I got a video to the toilet. Luar toilet tu sangat cantik got pokok bunga and stuffs.




Lepas habis beli barang, bermula lah perjalanan kami ke Kusadasi. Kusadasi ni kat hujung - hujung Turki juga lah. Dekat dengan Greece. And kau boleh tengok yang bangunan kat Kusadasi ni ada pengaruh Greece. Bangunan bersusun kat atas bukit macam kat Santorini dan sangat cantik. Kat Kusadasi aku menetap kat Ada Class Hotel. Daripada hotel ni, boleh nampak laut and nampak Samos Island, Greece. Tapi nampak bentuk je lah. Tak nampak bangunan dia pun. Tapi to be honest, view Kusadasi sangat cantik. 


Sunset view from the hotel

Daylight view from the hotel

Night view from the hotel


Day 3: Kusadasi to Pamukkale

Hari ketiga ni pada aku permulaan untuk ke tempat lawatan yang menarik. Perjalanan kami bermula dengan lawatan ke Kilang Kulit. Bila masuk, kitorang diberi refreshment dan akan ada fashion show where dia akan peragakan segala produk kulit yang dia ada. Dan akan ada a few people yang dia campak jacket so orang tu akan pergi peragakan sekali dengan model.  It's just a fun activity to do. 

Kitorang pergi sini dengan niat tak beli apa - apa sebab dah sedia maklum harga dia memang harga yahudi. Sangat mahal ye anak - anak. Dan urusan jual beli adalah dengan Euro/Dollar. Berpinar mata kau tengok price tag. For a little info lah, kilang yang kitorang lawat ni gunakan kulit biri - biri. Kenapa guna kulit biri - biri? Sebab kulit biri - biri lembut dan susah rosak. Tak terlalu panas kalau pakai dan tak terlalu nipis. Kalau ronyokkan pun masih dalam keadaan yang elok. 

Banyak cerita yang aku dengar dimana kilang akan paksa pengunjung untuk beli jaket kulit tapi entah lah. Aku tak kena pula. Takde mana - mana jemaah aku yang kena paksa beli jacket semua yang beli semua yang sukarela. 

Next visit kitorang pergi Izmir, melawat kota Ephesus. Ephesus ni sangat besar ye. Penat berjalan. Thank god Hilmi ada because kalau dia takde, kau cuma tengok bangunan tinggalan sejarah je tanpa tahu apa fungsi segala tinggalan sejarah ni. Kalau aku cerita satu - satu, nescaya sampai tahun depan pun tak habis blog post ni. Kat Ephesus ni banyak juga photograph spot yang cantik. Kau cuma perlu explore every pelusuk sebab kalau tempat yang orang lalu, gambar tak cantik. 
Ni mini Ephesus. So you can imagine how big the real one is.

Ephesus ni sebenarnya dulu subur, dikelilingi air dan kedudukan dia sangat strategik sebab keliling dia bukit. Selamat daripada anasir anasir luar gitu. Tapi bila dah gempa, air disekeliling kota Ephesus ni start hilang sebab tanah kat sini makin tinggi. Disebabkan keadaan geografi yang berair, Ephesus ni jadi tempat perdagangan yang sangat sibuk pada suatu masa dahulu. Tapi bila air dah takde, ships dah tak boleh masuk area ni. Thus, perdagangan kat sini mati which lead to Ephesus also mati. 

Masuk kota Ephesus kena pagi. Sebab bila sampai tengahari, manusia dah mula membanjiri tempat ni. Masa aku datang berjemaah, ada satu photographer ikut. Dia akan tangkap gambar korang and sebelum naik bas nanti boleh lah beli gambar tu. Oh ya, kat Ephesus ni ada entrance fee ye. Kat luar Ephesus ni pula ada macam macam kedai. Kedai jual souvenir, kedai makan apa semua. Me and my family lepas habis tangkap gambar keluar to shop of course. Hilmi gave us a few minutes to shop before we depart to our next destination.

Next destination we went to Cotton Castle!!! One of the place yang aku excited nak pergi because of the scenery. Okay, kalau Ephesus tu besar, Pamukkale ni lagi besar. Hilmi berjaya suruh kitorang bayar 40TL untuk naik van for tour dalam tu. Sejujurnya, aku agak hesitate la nak bayar sebab hm.. banyak juga sebenarnya 40TL tu. Tapi, weh you are going here once je. So bayar je lah. Masuk Pamukkale ni ada entrance fee tau. Tapi macam biasa, aku tatau berapa TL sebab kitorang tak pernah beratur beli tiket. Terus pergi gate and scan QR code.



Okay, kat Pamukkale ni kitorang visit 3 tempat. Cotton castle, Hierapolis lepas tu lagi satu aku lupa apa nama dia. Kat cotton castle ni korang boleh mandi sebenarnya dan korang akan nampak ramai je orang mandi sebenarnya pakai bikini pakai shorts. Kebetulan masa aku pergi tu summer, memang lautan manusia lah kat situ. Dan hati - hati ye. Bila korang berjalan dalam cotton castle ni licin sebenarnya. Untuk cari spot tangkap gambar, korang kena lari daripada crowd. Ada lagi tempat yang lain daripada tu yang tak ramai orang. Mata kena tajam. 

That is how many people came here
Hierapolis


After a very tired visit today, we head to our hotel Adempira Termal Hotel in Pamukkale. Hotel ni hotel baru tapi lawa terox.


The setting of Adempira Hotel

Day 4: Pamukkale to Cappadocia 

Perjalanan daripada Pamukkale ke Cappadocia ni jauh terox weh. It takes almost 700km. Keras bontot duduk dalam bas to be honest. It takes us the whole day to reach there. Dan hari ni adalah hari paling boring pada aku sebab kebanyakkan masa kau habis dalam bas. Anyway, sebelum kitorang ke Cappadocia, kitorang singgah Konya. Kat Konya ni kitorang singgah Mevlana Museum sahaja. Mevlana Museum ni terletaknya a few tomb of maulana di Turki. Maulana yang besar - besar la. Dan kalau korang perhatikan, setiap tomb tu ada different kepala batu nisan tu. Setiap perbezaan kepala tu ada makna dia. Bukan saja - saja dia letak. 

Dan untuk menghormati maulana - maulana ni, masuk dalam muzium kena pakai alas plastik. Keluar daripada muzium ni ada banyak tempat untuk beli souvenir. You just have to explore. For me, here one of the cheapest place to buy souvenir because you can get 1 keychain for only 1TL and paling mahal pun 2 for 5TL. Kat tempat lain satu 5TL centu. 

Different kepala on every tomb
Then, after visiting Mevlana Museum, kitorang gerak ke Cappadocia. Kat Cappadocia ni kitorang akan bermalam selama 2 malam. Sebabnya nak naik hot air balloon. Hot air balloon ni naik masa pagi - pagi tau sebab keadaan udara dia. Dijadikan dua malam so that kalau cuaca tak mengizinkan pada pagi pertama tu, kita akan ke pagi kedua gitu.

I guess I've membebel long enough in this entry. Aku akan sambung dalam entry seterusnya. Penat baca panjang - panjang, penat lagi aku menaip. Hahaha. See you in my next blog post!

(Click here to read part 2)

2 comments:

  1. Masa pergi ni jambatan osman gazi blom siap ke?... Sbb sis pergi ke bursa naik feri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah siap. Masa saya pergi tu 2019. Jambatan tu siap 2016/2017 tak igt

      Delete