Friday 31 March 2017

Pengalaman : Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum, bello! Okay, aku ada jemput beberapa kawan aku untuk menulis pengalaman dorang sebagai pelajar asasi dan matriks, tapi aku sendiri tak tulis pengalaman aku sebagai seorang pelajar asasi kat UPM. Not fair isn't it? Aku dpt 8A1B untuk SPM and AsPer adalah pilihan kedua aku dalam UPU.

First of all, apa itu sains pertanian? Okay nampak daripada nama tu kebanyakkan orang akan mengelak untuk include asasi ni dalam senarai dorang. Sebab apa? Sebab nama pertanian tu sendiri. Tapi, apa yang kebanyakkan orang tak tahu is, asasi ni sama je macam asasi lain. Cuma kita akan ambil subjek tambahan which is pertanian. Korang tetap akan ambil maths, bio, physics, chemistry, english, sains komputer. Pertanian ni senang je seriously sangat senang score. Salah satu subjek yang menaikkan pointer aku. Okay, aku tak nak cerita panjang. I planned to make it short.

Pastu, nak cakap kenapa amik ASPer ni untung sebab korang boleh apply semua program pengajian yang UPM offer. Bukan Pertanian semata tau. Korang boleh je amik Medic kat sini. Contoh medic kan, kalau daripada asasi lain/ matrik UPM akan demand 4.00 tapi kalau korang student ASPer 3.75 je minimun pointer asasi untuk apply. Untung kan?

Okay, apa yang istimewa sangat asasi ni? First, korang akan ada 3 sem. 3 sem maknanya 3 kali masuk elaun. Tak ke masyuk tu? Dua, korang tak payah kusut nak masuk degree sebab semua pelajar asasi UPM ni akan masuk degree kat UPM. Tak compete pun dengan pelajar asasi lain or matrik or diploma or STPM. Tiga, akan ada kelas english masa sem 1, korang akan serba sedikit dilatih untuk jawab paper MUET. So, masa MUET nanti korang dah ada rough idea lah macam mana. 

Asasi ni dikenali sebagai ASPer in short for asasi sains pertanian. Ada 3 sem dalam masa setahun. Cuti sem seminggu je. Okay, tu serba sedikit. Dalam masa seminggu korang akan settle down dengan orentasi asasi dan kolej. Mungkin lebih. Aku pun tak ingat sangat. Orentasi asasi tak lama pun. Enjoyable sangat. Siap dapat makan free lagi tau sepanjang orentasi. *jimat duit aku* 

Move on to penginapan. Asasi ada 3 kolej penginapan which is Kolej 13, Kolej Pendeta Zaaba dan Kolej Muhammad Rashid. Aku stay kat Kolej 13. Kolej 13 ni banyak aktiviti kalau nak bandingkan dengan kolej lain. Bukan nak kata kolej lain takde aktiviti, tapi kalau duduk kolej 13, kau kena involve dengan aktiviti tu. Mana taknya 70% penghuni pelajar asasi. Tak boleh nak harapkan kat pelajar degree. Padahal pelajar degree yang kena kejar aktiviti ni semua sebab dorang perlu kutip merit untuk stay kolej. Pastu korang bila join aktivit akan dikatakan dapat sijil. Okay, setakat ni aku dah join 2 aktiviti yang menjanjikan sijil, tapi hampeh. Takde pun. Nipu je semua tu. So, aku nasihatkan korang kalau masuk Kolej 13 ni korang tapaya join apa - apa pun takpe sebab tak menjejaskan korang pun.

Move on to tempat kuliah. Untung juga jadi pelajar asasi ni sebab kuliah semua dekat - dekat. Tak perlu nak bergerak ke fakulti lain. Sama ada kat Pusat Asasi (1, 2, 3, 4) ataupun kat Kompleks Akademik E yang sangatlah dekat. Jalan kaki je. Kalau ada lab physics, kat Asasi 4. Semuanya dekat - dekat. Korang akan turun kat busstop library dan kena jalan sikit nak pergi pusat asasi. Sebab pusat asasi ni kira kat hujung kampus jugalah. Bas tak lalu kat situ. 

Cerita pasal bas. Aku selalu lambat gi kelas sebab bas. Kalau kau tau yang waktu kol 8 tu kebayakkan orang ada kelas, tolonglah jangan jadi macam aku. Prepare awal kalau boleh sejam awal. Aku 30 minit nak kuliah baru gerak. *tolong jangan contohi ye adik - adik* Satu benda yang aku suka nak pesan, kalau dah terlambat tu masuk je kelas. Jangan ponteng. Ada sesetengah lecturer akan marah korang masuk lambat, ada yang kan perli, ada yang tak kisah. Kalau yang marah tu, pandai - pandai lah siap awal. Kalau yang tak kisah tu masuk je. Nanti at the end of the class korang minta maaf sebab terlambat.

Prinsip aku, better late than never. Kenapa tak nak masuk kelas bila terlambat? Sebab malu bangun lambat is it? No! Baik kau masuk kelas. Lebih baik kau dapat ilmu yang sikit ciput tu daripada kau skip kelas. Masa sem 1 memang boleh cakap full class selalu. Masuk sem 2 dah berani skip kelas. Sem 3? Hm.. boleh bilang berapa je yang ada dalam kelas tu. Tak kira lelaki ke perempuan. Okay aku dah start membebel.

Apa yang menjadi cabaran is bila pelajar degree cuti. Dan yang ada dalam kampus cumalah pelajar asasi. Maka semuanya akan kurang. Bas, kedai makan semua akan kurang. Kalau korang prepare awal nak gi kelas biasa, bila degree cuti lagi korang kena prepare awal. Bas sangat limited. Sampai satu tahap kau akan call teksi. Aku tak tipu. Memang ada satu phase dimana aku call teksi nak gi kelas. Kau kongsi lah dengan kawan - kawan yang tak dapat masuk bas tu. Kena dalam RM1.50 je sorang.

Nasib baik kolej 13 ni memang kolej asasi, jadi kafe kolej sentiasa buka tak kisah lah degree cuti ke tak. Cuma, masa aku sem 3, masa dah tinggal baki beberapa minggu je kitorang nak habiskan asasi, kafe tutup sampai kitorang habis asasi. Katanya tukar contractor tapi entahlah. Ada je pelajar asasi kolej lain turun makan situ sebab kedai mostly tutup. Kedai burger kolej 13 akan tutup masa degree cuti sebab yang jaga kedai burger student degree. So korang akan rasa sedikit seksaan lah dalam 2 bulan centu. 

Apa lagi ek aku nak cerita? Hm... oh ya. Exam. Satu sem ada 3 kali exam. 2 kali test, 1 final exam. Setiap bulan ada. Satu sem dalam 3 bulan je. Korang test malam. Siang tu kuliah, malam tu ada paper. Paper test sejam je. Dalam 3 soalan macam tu. Lagi satu, penting sebenarnya untuk korang bina networking antara pelajar asasi waktu ni. Sebab apa? Sebab ada lecturer yang akan bagi spot untuk student dia. Korang kena pandai minta lah kat kuliah lain. Trust me, kalau korang baca semua memang boleh pecah kepala otak. *melainkan korang pelajar gifted* Jadi kebanyakkan nya akan focus kat spot yang Dr. bagi. Bayangkan biology satu sem korang akan belajar belasan chapter. Satu test 3 to 5 chapters akan masuk. 

UPM bagi akses yang mudah kat pelajar untuk pergi ke KTM Serdang. Akan ada satu bas yang akan bawa korang pergi situ. Dan sometimes, kitorang naik bas tu untuk pergi The Mines. Korang turun kat stesen KTM Serdang pastu kena jalan kaki sikit untuk sampai ke The Mines. Tempat paling save lah kiranya sebab duit tambang dah jimat berbanding kalau korang pergi IOI Mall. Aku akui aku lagi suka pergi IOI tapi bila dah teringin nak makan Subway ke, KFC ke dan duit untuk survive minggu tu sangat lah sikit, maka pilihan yang kau ada is The Mines. Kalau naik teksi pergi IOI kena dalam RM15. Tu baru pergi. Kalau balik lagi mahal. Paling mahal masa balik aku pernah kena RM19. Tu baru duit tambang. So, kalau nak keluar tu carilah kawan. Roommates ke kuliahmates ke. Ada lagi satu alternative student cab. Ada student degree yang dah bawa kereta and dorang ada sediakan servis ni. Memang murah lah. Pergi IOI paling mahal pun RM8. Tengok orang lah.

Dan aku masih pelik kenapalah orang tak nak apply Asasi Sains Pertanian ni sedangkan ASPer ni best gila kot. Bila masuk degree pun bonding kuat lagi. In fact, korang ada contact seluruh UPM kot, untuk semua fakulti. Bila nak handle program pun senang. Sebab nama pertanian je korang tolak UPM sebagai salah satu pilihan UPM. Kemon lah. Hahahahaha. 

Aku dah tak tau nak cerita apa sekarang dan aku rasa aku patut stop menaip lebih banyak masih banyak assignment beserta lab report dan juga tutorial yang perlu disiapkan. Hahaha. I really hope this is helpful and please include this foundation program as your choice. Bye.

NOTE: PLEASE READ ALL THE COMMENTS BEFORE ASKING QUESTIONS BCS I WILL NOT REPLY REPEATED QUESTIONS.

Jangan tanya agak - agak korang dapat masuk asper ke tak sebab aku tak tahu. Tahun ni mungkin 4A dapat masuk tahun depan mungkin tak dapat. Kemasukan pelajar diluar bidang kuasa aku, maaf memang aku tak tahu dapat masuk ke tak.

Any enquiries you can drop it on the comments, email me or dm me thru IG @mardiafadil. (No need to follow just send message)

Thursday 23 March 2017

Pengalaman : Asasi Undang - Undang UiTM

Assalamualaikum, earthlings. Hari ni, aku nak share lagi satu pengalaman kawan aku kat *boleh baca tajuk entry* Penulisannya ringkas, pendek je. Hahaha. Tapi padat. Kawan aku yang sorang ni aku kenal masa Form 4 sebab kitorang sekelas. Tapi lepas tu dia pindah sebab dapat SBP. And tak rapat mana pun. Tetapi, Allah telah menakdirkan untuk menemukan kami di satu tempat ilmu *amboi ayat tak boleh poyo lagi ke?* Kitorang jumpa kat satu program yang dinamakan Program Masa Cuti shortly known as PMC. Dari situ yang kitorang makin rapat.

Okay, disebabkan aku telah membebel dengan agak panjang aku akan stop. So, korang boleh baca penulisan ringkas daripada si comel Izzati.

*****
Bismillahirahmannirahim. *fuh fuh* (tiup tangan sikit sebab nak tulis banyak-banyak ni).  Alhamdulilah bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana memberi peluang kepada diri ni untuk kongsikan sedikit sebanyak (dah sikit nak banyak pulak hahaha) info tentang Asasi Undang-Undang UiTM. Mula-mula nak ucap TAHNIAH la jugak kepada adik-adik yang berjaya menempatkan diri dalam Asasi Undang-Undang UiTM ni. Bukan mudah ye adik-adik semua.

Asasi Undang-Undang atau dikenali juga sebagai Foundation in Law (FIL) adalah salah satu asasi yang ditawarkan oleh UiTM. Asasi Undang-Undang UiTM ini terbahagi kepada dua iaitu Law UiTM (PI005) dan Law KPTM (PI007). Okay, sebenarnya tak banyak pun perbezaan between these two courses. Perbezaannya nanti bila nak mohon UPU for degree. Sebab nanti kalau adik-adik nak mohon UPU for degree, for those yang Law UiTM dia tak boleh mohon UPU dia kena stay dekat UiTM manakala for those yang Law KPTM dia boleh mohon any universities selain daripada UiTM. Haaaa tu specialities dia. TAPI for Law UiTM, korang jangan fikir yang korang dah ada tempat dekat degree nanti sebab korang pun akan ditemuduga oleh pihak UiTM. So, jaga-jaga ye adik-adik.

Next, akak nak bagitahu pasal syllabus. Subject dia banyakkk. Betul tak tipu. Every sem ada different subjects. So, akak just bagitahu sikit sikit je la. Yang selebihnya adik-adik semua akan experience sendiri hahahaha. So jumlah subjects for one sem lebih kurang 7 atau 8 macam tu. So, macam sem 1 for English subject je korang kena forum and subject English ni sangat penting sebab masa ni la kita belajar pasal MUET manakala for law subjects pulak korang just buat presentations (based on your lecturers). As for sem 2 pulak, for English subjects korang kena debate and buat forum manakala law subjects macam biasa korang kena buat presentations (ni pun based on your lecturers). Untuk mendapat 4 flat yang sering diimpi-impikan oleh semua pelajar diseluruh Malaysia, kita kena la score semua subject. Kalau betul-betul nak 4 flat korang kena aim at least A-. Haa jangan riasu subject semua tak susah sangat cuma adik-adik semua kenala pandai bahagikan masa untuk baca semua subject tu. Okay untuk sistem markah pulak 60:40. 60% tu markah assignments, presentations dan test manakala 40% pula untuk final. So, adik-adik semua kena tahu mana satu nak focus. Kalau adik-adik yakin dengan presentation dan assignments adik-adik, nanti final tak payah risau. Dah tentu ada backup markah. TAPI jangan terlalu yakin. Nasihat akak, pulun la dengan sebaiknya. Hoho


So itu je yang akak nak kongsikan. Banyak tak? Eleh sikit je pun. Akak nak cakap all the best to you guys. Guna la peluang ni dengan sebaik mungkin sebab peluang hanya datang sekali sahaja dalam hidup kita. Belajar la dengan bersungguh-sungguh. Do make your parents proud of you. Jangan risau duduk dekat Dengkil tu sebab semua facilities dekat je. Tak payah nak naik bus bagai. Jalan je. Itu sahaja from akak. BYE : )