Saturday 25 April 2015

Matrikulasi oh matrikulasi.

Assalamualaikum and hi guys.

Disebabkan dah ada org ask.fm kan update blog ni rasa mcm hm... lama betul Anne tak update blog ni. Hahahaha. I find it funny nama Anne tu tapi I need nama pena.

Okay, few days back Anne ada email pihak matrikulasi. Well, korang dapat tak rumours yang kata kena sahkan penerimaan tawaran sebelum 24 April? Ha.. dapat kan.

Sangat pelik okay. Pihak kementerian takkan buat kita dalam dilemma sama ada nak tolak tawaran pergi matrikulasi dan menghitung nasib kat upu. No no no.
Setakat apa yang Anne buat research. *reseach kononnya* keputusan upu akan keluar pada 6 Mei which is a week and a half je lagi.

Berbalik kepada email yang Anne hantarkan pada pihak matrikulasi, email Anne tak berbalas. Banyak sangat email masuk kot. *berfikiran baik* After 3 days email tu tak berbalas, Anne call je pihak matrikulasi.

Apa yang Anne tanya?
1. Bila tarikh akhir untuk memberi jawapan penerimaan tawaran.
23 Mei. Okay lambat lagi okay. Lambaaaaaat lagi.

2. Kalau dah terima tawaran dah print surat tawaran semua wajib pergi ke?
Ha, korang yang dah 'terpedaya' dengan rumours tu mesti dah cuak kan. Takut kena denda kalau tak pergi semua. Jawapan pegawai yang Anne tanya tu, dia kata selagi kita tak mendaftar, it's okay. And tak dikenakan denda pun. Sbb kalau korang baca FAQ dia memang ada stated kata kena denda.

3. Boleh keluar daripada matrikulasi ke?
Ha, ni lagi satu. Bila korang masuk matrik, korang akan tandatangan satu surat perjanjian dan terima wang saku. Lebih kurang kalau korang dah terima wang saku tu kena lah habiskan pengajian kat matrikulasi. Kalau korang keluar juga korang kena bayar balik. Kecuali kalau korang keluar sbb tawaran JPA, MARA, PISMP, pergigian, farmasi, perubatan and certain lagi which Anne tak ingat. Hehehe. Kenapa dlm FAQ dia kata kena denda pun Anne tak tahulah. Hm..

I think that's all I wanna share in this entry. Harap membantu.