Sunday 29 March 2015

Asasi Sains Hayat UM

Assalamualaikum. Hi, guys.

Dalam entry kali ini, Anne nak share pasal Program Asasi Sains Universiti Malaya - PASUM for short. PASUM ni ada nama glamor juga tau - Perjalanan Aku Sebagai Umat Muhammad. Amacam?

Dalam blog Anne, Anne takkan ceritakan tentang kemudahan satu - satu universiti tu okay? Sebab apa? Sebab... Anne ni baru 18, belum masuk universiti pun lagi. So, Anne belum pernah rasa kehidupan dalam kampus. Tak beranilah nak cakap pasal keselesan duduk hostel, transport semua daripada bacaan kat blog orang lain je.

Okay, kalau korang dah isi upu korang akan perasan yang PASUM ni takde hashtag (#) pun. Tak ada hashtag maknanya tak ada interview lah kan? No no no. Macam yang korang tahu, UM ni kan universiti pertama malaysia, permintaan nak masuk universiti ni of course lah beriban kan. Nak dibuatkan cerita, UM akan buat interview juga sebelum ambil kemasukan student. 

Lagi satu, kalau korang betul - betul nak masuk UM tolonglah, buat UM sebagai pilihan pertama korang. Kalau tak, memang tak ada peluang nak masuk UM. Kalau sekadar nak test market, korang letak sebagai pilihan no 2, 3, 4 kirim salam lah. Korang pilihlah program lain. 

Hm... apa lagi eh? Okay, bila korang masuk UM ni akan ada ujian Bahasa Inggeris. Kenapa kena ada ujian? Ujian ni lah yang akan mengasingkan korang dalam group apa. Let me explain. Kalau english korang power, korang akan masuk Hayat 1, yang selebihnya masuk Hayat 2. Subjek untuk sains hayat PASUM ni ada Algebra, Calculus, Physics, Chemistry, Biology. 

Kalau korang nak tukar course, boleh. Nanti masa minggu orientasi akan diterangkan procedure nak tukar course. 

Talking about degree, UM akan khusus kan 40% student degree untuk former student UM. Faham tak? Contohnya, student perubatan yang baru akan diambil 200 orang setahun. Maknanya 80 orang yang dalam bidang perubatan adalah bekas pelajar UM. Ha.. macam tu.

I think that's all yang Anne boleh sampaikan dalam entry kali ini. Rajin - rajin lah baca okay? Sebab Anne rajin update kalau ada info yang Anne tertinggal. But, I will make it easier for you.

UPDATE : Tahun - tahun sebelum aku dulu, memang ada interview. Tapi tahun aku (kemasukan 2015) takde. So, depend on masa korang isi upu tu. Kalau ada # means ada interview. 

Asasi UIA

Assalamualaikum. Hi, guys.

First of all, I wanna apologies for not posting anything yesterday. Apa yang Anne akan tulis hari ni is asasi UIA/IIUM. Since Anne memang nak continue sains / hayat, so apa yang Anne akan tulis dalam entry Anne hari ni dan akan datang akan berkisarkan tentang asasi sains lah.

Entry lepas Anne dah cerita sikit pasal Asasi Sains Pertanian, so today let's talk about IIUM foundation. Hidup kat IIUM ni, kena amalkan Bai'ah Solehah. Kena amalkan gaya hidup Islam, jaga aurat, jaga ikhtilat, jaga solat, selalu bagi salam. IIUM ada 3 kampus ; Gombak, Petaling Jaya dan Kuantan. 

Setakat apa yang Anne baca, survey, research (cewah research konon) asasi kat IIUM ni memang kena ambil arab, okay? 

Masa minggu orientasi atau lebih dikenali sebagai Taaruf Week korang yang terpilih masuk UIA ni akan jalani 3 ujian yakni Ujian Bahasa Inggeris (English Placement Test / EPT),  Ujian Bahasa Arab (Arabic Placement Test / APT),  Ujian Tilawah (Tilawah Entrance Test / TEnT) dan Ujian Pengetahuan Am Fardhu Ain (Fundamental Knowledge Test / FKT). Untuk yang tak ada basic Bahasa Arab, jangan risau. Korang akan automatically masuk Intermediate Quranic Language Part 1 and Part 2.  Ambil test arab tu Anne kurang pasti. Nanti Anne confirmkan balik, okay?

Ujian Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang kita jawab masa minggu taaruf tu akan tentukan tempoh asasi kita. Sama ada setahun, setahun setengah atau dua tahun. Asasi perubatan, pergigian, farmasi, kejururawatan, sains hayat, sains fizikal dan sains bersekutu akan study kat kampus Kuantan. (Ingatkan dapat study kat Gombak, dekat sikit dengan rumah. Sob sob)

Ujian Tilawah dengan Fardhu Ain tu nak buat apa pulak? Ujian Fardhu Ain tu kalau korang fail, korang kena masuk kelas Fardhu Ain. Part ni Anne tak faham sangat. Korang boleh baca blog ni.

Masa minggu taaruf ni, korang boleh tukar program. Dengan syarat korang memenuhi kriteria program lah. Itu pun bergantung pada kekosongan program tu. Kalau gagal tukar, akhir semester satu pun korang boleh tukar lagi. Tapi, untuk perubatan, pergigian and farmasi tak boleh. Kalau nak tukar program, korang kena bayar RM50.

Disebabkan kat IIUM ni memang dah ada asasi perubatan, pergigian dan farmasi, student asasi sains hayat tak boleh ambil degree dalam ketiga - tiga bidang tu. Lepas asasi kat IIUM, korang memang akan sambung degree dalam IIUM juga. Melainkan kalau pointer korang rendah sangat. Nak buat degree kat universiti lain pun boleh juga. Korang kena isi borang terus kat universiti yang korang nak apply tu. Tapi korang tak boleh apply melalui upu. 

Apa yang Anne tulis hari ni, korang boleh baca lagi panjang, lagi mendalam kat blog ni. Sangat - sangat membantu. 

Thursday 26 March 2015

Form 6, Matriks, Asasi atau Diploma?

Assalamualaikum. Hi, guys.
Mesti korang wondering kan. Apa beza Form 6, Matrik, Asasi, Diploma? Lepas tu kusut nak ambil yang mana satu. 

Okay let's start with Form 6.

Form 6
Macam yang korang tahu, Form 6 ni masih terlibat dengan sekolah. Dan banyak yang tak nak masuk form 6 sebab kena pakai uniform. Sekarang form 6 dah maju tau. Ada sesetengah sekolah yang pakai formal je. Korang janganlah risau, universiti masih ada kuota untuk pelajar lepasan STPM. 

Matrikulasi
Program matrik ni ada orang dapat untuk setahun, ada yang dapat 2 tahun. Macam mana nak tahu? Offer letter nanti dia bagi tahu okay? Bila masuk matrikulasi semua dalam pusat pengajian adalah batch korang. Semua sebaya. Kehidupan dalam matrikulasi ni lebih kurang macam asrama. Sebab korang akan ada kelas pada waktu yang sama. Maksudnya, kalau ada kelas semua kena pergi. Kalau yang tak pergi tu pontenglah jawabnya. Kalau korang nak tau, masuk matrik dpt elaun.


Asasi
Bila korang masuk asasi, korang akan mix dengan student diploma, degree or even master and PhD. Kiranya student asasi ni lalui kehidupan universiti lah. Asasi ni selalunya 2 semester. Ada juga yang 4 semester macam UIA. Ada juga program asasi yang more likely akan sambung degree kat universiti yang sama. Contohnya upm, uia, usim. Nak buat degree kat universiti lain pun boleh. Korang kena isi upu balik and compete dengan lepasan matrik dan STPM. Asasi pun dapat elaun tau. 

Diploma
Mesti korang selalu dengar yang diploma ni bazir masa kena buat 3 tahun kan? Sebenarnya, bila korang korang ambil diploma lepas tu sambung degree dalam bidang yang sama, degree yang 4 tahun tu akan dipendekkan jadi 2 tahun je. So, sum up 3 + 2 = 5. Sama je. Kenapa degree jadi pendek? Haaa... sebab, korang akan dapat transfer credit (TC) apa yang korang belajar time degree tu dah belajar time diploma. Sebab tu orang diploma yang sanbung degree dipanggil transfer kredit and yang lepasan asasi/matrik/STPM dipanggil fresh degree. 

Terpulang kepada korang nak sambung yang mana satu. Ikut kesesuaian course yang korang nak juga. 

Last but not least, jangan tak semestinya masuk asasi tu budak pandai, masuk diploma tak pandai. Itu terpulang kepada individu nak pilih yang mana satu dia nak sambung. Stop typical thinking, kawan. 


GSB