Tuesday, 2 July 2019

The Fallen Era (Part 2)

Lepas habis SPM, mula lah minta segala benda yang aku boleh apply. Aku pernah apply maktab perguruan, dapat call untuk fitness and also interview. Malangnya aku tak lepas masuk maktab.  Tapi, memang aku tak nak jadi cikgu pun. Sebab aku rasa jadi cikgu zaman sekarang sangat leceh. Membebel pun dikiran dera mental. Dah tu nak kena bisu je ke bila budak buat salah? I cannot. Yang mak aku dok bebel setiap hari ni kiranya aku kena dera mental juga ke macam mana? It is so fussy to become a teacher in this era.

Jadi, lepas keluar keputusan UPU, aku ditempatkan di Asasi Sains Pertanian, UPM. The environment was good. Kecuali kolej kediaman yang tak berapa selesa. The rest was all good. The lecturers, the teaching environment, the vibe semua best. Selepas plus minus dalam sebulan aku belajar kat UPM, aku mula selesa dan mula rapat dengan kuliahmates aku. Then came this one day, emak aku call. Katanya lepas kelas call dia balik. Dengar macam urgent. Aku jadi tak senang duduk.

Jadi lepas aku habis kelas aku call mak aku semula. Kementerian Pendidikan call rumah tawarkan aku ke Beijing untuk program bahasa mandarin. Yang mana semua perbelanjaan aku ditanggung dan dah secure job as cikgu sekolah menengah lepas balik nanti. Aku jadi berbelah bahagi. Aku minat mengajar. Sebab aku suka bila orang faham apa aku faham. Macam satu kepuasan. Tapi aku tak minat jadi cikgu. Faham tak? Berbelit bukan? Jadi macam biasa, aku putuskan untuk tak terima tawaran tu. Bukan sebab aku tak nak jadi cikgu je. Tapi sebab aku tak nak masuk salam perantauan setiap tahun. Weh, aku nak makan rendang masa raya aku tak peduli. Rendang mak aku sedap. Rendang orang lain aku tak makan. Jadi sebagai penggemar makanan, aku menambahkan lagi sebab untuk aku tak pergi Beijing.

Masa sem satu, aku buat perangai malas study. Wait, let me fix that sentence. Aku study macam aku sekolah menengah. Macam aku nak SPM. Jadi, keputusan aku sem 1 tu tak cecah 3.0 pun. Aku menangis sebab aku rasa teruk sangat. Lepas tu aku bangkit sem 2 and 3 sampailah cgpa aku cecah 3.3. So aku cuma diuji masa sem 1. Lepas tu masuk degree aku amik fizik. Jangan tanya aku kenapa aku amik fizik sebab aku pun tak tau kenapa. 

Aku tak minat biologi sebab semuanya menghafal and I'm really bad at it. Aku minat lah juga kimia or mungkin aku minat sebab aku faham. Tapi mak aku tak bagi aku amik kimia sebab dia tak nak aku terdedah dengan chemical dalam alam pekerjaann. Aku minat astronomy jadi aku ingat nak amik aerospace walaupun aerospace tu sebenarnya belajar pasal kapal bukan pasal astronomy sangat. Mak tak bagi juga aku amik aerospace sebab katanya engineering tak sesuai dengan aku. Aku sebagai seorang anak yang mendengar kata aku ikutkan sahaja lah cakap mak aku tu.

Lepas masuk degree, my degree was smooth. Result okay and orang kat kolej kenal aku sebab aku involve in so many things. Untuk mengukuhkan kedudukan aku kat kolej yang kena kumpul merit untuk stay, that is a plus point. So why not? And duduk kat dalam bilik boring juga sebenarnya. I really had fun during my college stay. Until aku diangkat menjadi salah seorang majlis tertinggi mahasiswa kolej dalam sekreteriat kebudayaan. I was so busy that time and sampai lah aku kena slipped disc. How? I was so into buat baju for the future inter-college competition sampai aku salah posture.

My boyfriend was so supportive bila aku sakit. Dia selalu bagi semangat kat aku and also suruh aku rehat bila aku sakit sangat. He was there with me. Malam - malam kalau aku tak boleh tidur, aku akan call dia and dia akan spend time dengan aku walaupun kejap. Aku faham, dia tak boleh lama - lama sebab kitorang masing - masing masih lagi student. Ada commitment study and nak banggakan parents in the first place. Slipped disc was bad bro. Not my condition yang bad. But that thing sucks! I can barely do anything. Aku duduk sakit, aku jalan sakit, aku baring sakit, semua lah sakit. Jadi, study aku terabai because I can barely do anything. This sem, my result was damn bad. Selama sem 1 dan 2 aku dapat maintain pointer 3.0 above, sem 3 tiba - tiba aku jatuh macam dalam Final Destination. Luckily I survived sebab pointer sebelum ni. Aku jatuh bukan 2.0, no. I fell below that. I reached 1.3. 

Aku sedih. Hilang arah. Aku rasa bodoh sangat for the first time in my life. Bukan selama ni aku rasa bijak.  Selama ni aku sedar aku ni takde lah pandai mana tapi faham tak? To fall sampai 1.3 is too bad. I can't describe it with words. Rasa macam dah putus asa, rasa hilang harapan. Like you are so dumb you should just die.  Aku skip final exam aku sebab aku rasa kalau aku masuk exam pun aku tak boleh jawab. Aku tak nak dikecewakan jadi aku tak datang terus sebab aku tau, kalau aku tak datang, aku akan fail. Dan kalau aku datang sekali pun, aku akan fail. Sebab tak dapat jawab. 

Aku bagaikan mempersoalankan takdir Allah. Kenapa aku diduga sebegini rupa? Kenapa Allah tak duga aku sikit - sikit? Kenapa Allah duga aku semua benda all at once? Aku tak dapat terima kejatuhan yang sebegini rupa. Aku bagaikan hilang tujuan hidup. Aku mula ada fantasi untuk mati dalam accident,  mati kena langgar lori, and worst... bunuh diri. Ye, memang aku baru diuji tapi pada aku ujian aku berat sangat. Aku tak boleh handle. Aku rasa aku ni menyusahkan parents aku. Bagi belanja untuk aku belajar tapi belajar pun tak boleh. Menghabiskan duit. 

Aku sedar, emosi aku makin teruk. Aku sedar. Tapi aku tak tau siapa aku boleh reach. Macam mana aku boleh reach for help. And kat mana aku boleh reach for help. Aku tak sanggup nak bagitau mak. Aku rasa benda ni akan buat parents aku bertambah sedih. Sebab aku sendiri sedih bila aku ada niat nak bunuh diri. Apatah lagi parents aku yang dah jaga aku elok - elok and aku pilih untuk tamatkan hidup aku sebab result sem 3 degree.

Aku perlukan masa untuk bersendirian. Aku perlukan masa untuk fikir balik tujuan aku hidup. Aku perlukan masa dan ruang untuk aku fikir balik semua ni. Apa yang aku buat? Aku shut down daripada semua orang. Semua. Termasuk boyfriend aku. Emosi aku yang tak stabil membuatkan aku dengan dia selalu bergaduh. Selalu sangat. Especially belakangan ni. Sepatutnya dia adalah tempat yang aku boleh lari dan mengadu tentang life aku sebab aku tak boleh nak luah kat mak aku tapi disebabkan kami selalu bergaduh, aku tak nak sebab masalah aku, kami bergaduh lagi. Akhirnya aku pilih untuk shut down dia juga.

Aku bagitau mak aku yang aku perlukan masa untuk terima keputusan aku dan aku tak nak gangguan daripada sesiapa termasuklah boyfriend aku. Sebab aku tak nak hubungan kami terjejas sebab masalah emosi aku. Tapi aku tersilap. Keputusan aku untuk tak berhubung langsung dengan dia membuatkan dia overthink dan fikir yang aku dah tak perlukan dia lagi. Dia rasa perbualan terakhir kami adalah penyebab yang membuatkan dia fikir aku tak nak dia lagi. Jadi, dia putuskan hubungan kami. 

Aku tak salahkan dia. Sebab aku tak pernah bagi penjelasan yang betul - betul clear kat dia sampai dia boleh overthink. Salah aku sebab aku jauhkan diri daripada dia tanpa penjelasan sebenar. Aku sedih. Sedih yang teramat sangat. Kesedihan aku tentang keputusan sem 3 belum surut walau sikit pun, kini Allah uji aku lagi. Dengan perpisahan. Aku sedih. Bukan sahaja sebab aku hilang boyfriend aku, tapi sebab aku hilang kawan baik aku. Yang aku boleh cerita semua benda, yang tau rahsia masing - masing. Aku sedih. Dengan siapa lagi aku nak bercerita lepas ni? Aku rasa bertambah useless pada masa ni.

Aku tak boleh pujuk dia. Aku tak boleh merayu pada dia. Sebab pada masa ni, aku sangat - sangat tak stabil. At any time aku boleh ambil pisau kat dapur dan sembelih diri sendiri. This was the time where I never felt this low in my life ever. Ever. Aku menangis. Depan mak aku, aku menangis. Kawan aku yang aku value, yang aku sayang, daripada zaman sekolah, pergi. Pergi begitu sahaja. Sebab emosi bodoh aku.

Dulu aku ada result yang bagus. Sekarang semuanya tak ada. Dulu aku ada seorang kawan. Sekarang, aku hilang dia. Dulu aku ada kesihatan emosi. Sekarang, emosi aku terganggu. Hilang. Semuanya hilang. One after another.  

I was planning to just write this in two parts but it seems like I need another part because I've wrote a lot in this. Haha. See you in my next part!