Thursday 23 March 2017

Pengalaman : Asasi Undang - Undang UiTM

Assalamualaikum, earthlings. Hari ni, aku nak share lagi satu pengalaman kawan aku kat *boleh baca tajuk entry* Penulisannya ringkas, pendek je. Hahaha. Tapi padat. Kawan aku yang sorang ni aku kenal masa Form 4 sebab kitorang sekelas. Tapi lepas tu dia pindah sebab dapat SBP. And tak rapat mana pun. Tetapi, Allah telah menakdirkan untuk menemukan kami di satu tempat ilmu *amboi ayat tak boleh poyo lagi ke?* Kitorang jumpa kat satu program yang dinamakan Program Masa Cuti shortly known as PMC. Dari situ yang kitorang makin rapat.

Okay, disebabkan aku telah membebel dengan agak panjang aku akan stop. So, korang boleh baca penulisan ringkas daripada si comel Izzati.

*****
Bismillahirahmannirahim. *fuh fuh* (tiup tangan sikit sebab nak tulis banyak-banyak ni).  Alhamdulilah bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana memberi peluang kepada diri ni untuk kongsikan sedikit sebanyak (dah sikit nak banyak pulak hahaha) info tentang Asasi Undang-Undang UiTM. Mula-mula nak ucap TAHNIAH la jugak kepada adik-adik yang berjaya menempatkan diri dalam Asasi Undang-Undang UiTM ni. Bukan mudah ye adik-adik semua.

Asasi Undang-Undang atau dikenali juga sebagai Foundation in Law (FIL) adalah salah satu asasi yang ditawarkan oleh UiTM. Asasi Undang-Undang UiTM ini terbahagi kepada dua iaitu Law UiTM (PI005) dan Law KPTM (PI007). Okay, sebenarnya tak banyak pun perbezaan between these two courses. Perbezaannya nanti bila nak mohon UPU for degree. Sebab nanti kalau adik-adik nak mohon UPU for degree, for those yang Law UiTM dia tak boleh mohon UPU dia kena stay dekat UiTM manakala for those yang Law KPTM dia boleh mohon any universities selain daripada UiTM. Haaaa tu specialities dia. TAPI for Law UiTM, korang jangan fikir yang korang dah ada tempat dekat degree nanti sebab korang pun akan ditemuduga oleh pihak UiTM. So, jaga-jaga ye adik-adik.

Next, akak nak bagitahu pasal syllabus. Subject dia banyakkk. Betul tak tipu. Every sem ada different subjects. So, akak just bagitahu sikit sikit je la. Yang selebihnya adik-adik semua akan experience sendiri hahahaha. So jumlah subjects for one sem lebih kurang 7 atau 8 macam tu. So, macam sem 1 for English subject je korang kena forum and subject English ni sangat penting sebab masa ni la kita belajar pasal MUET manakala for law subjects pulak korang just buat presentations (based on your lecturers). As for sem 2 pulak, for English subjects korang kena debate and buat forum manakala law subjects macam biasa korang kena buat presentations (ni pun based on your lecturers). Untuk mendapat 4 flat yang sering diimpi-impikan oleh semua pelajar diseluruh Malaysia, kita kena la score semua subject. Kalau betul-betul nak 4 flat korang kena aim at least A-. Haa jangan riasu subject semua tak susah sangat cuma adik-adik semua kenala pandai bahagikan masa untuk baca semua subject tu. Okay untuk sistem markah pulak 60:40. 60% tu markah assignments, presentations dan test manakala 40% pula untuk final. So, adik-adik semua kena tahu mana satu nak focus. Kalau adik-adik yakin dengan presentation dan assignments adik-adik, nanti final tak payah risau. Dah tentu ada backup markah. TAPI jangan terlalu yakin. Nasihat akak, pulun la dengan sebaiknya. Hoho


So itu je yang akak nak kongsikan. Banyak tak? Eleh sikit je pun. Akak nak cakap all the best to you guys. Guna la peluang ni dengan sebaik mungkin sebab peluang hanya datang sekali sahaja dalam hidup kita. Belajar la dengan bersungguh-sungguh. Do make your parents proud of you. Jangan risau duduk dekat Dengkil tu sebab semua facilities dekat je. Tak payah nak naik bus bagai. Jalan je. Itu sahaja from akak. BYE : )

18 comments:

  1. brp A untuk masuk ke asasi undang2 uitm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak boleh tengok syarat khas permohonan kat sini https://online.mohe.gov.my/upu/epanduan/syarat/vMenuSyarat.php?jenprog=spm

      Delete
  2. anak saya 11A{A+A dan A-} aliran sains minta asasi sains UITM..insyaAllah akan mendaftar Rabu ini.

    ReplyDelete
  3. SALAM KAK, SO MANA YANG BETTER ASASI UNDANG UNDANG UITM / KPTM ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure la awak sbb tak pernah baca kptm punya law.

      Delete
    2. i would say that kptm is much better,u score As in law subjects only than dapat 4 flat while kalau uitm, score As all subjects baru dapat 4 flat . kalau pilih uitm, nanti nak masuk degree kene iv .opinion je ni heee

      Delete
  4. assalam akak...saya just nak Tanya after buat asasi law...ada peluang tak untuk fly oversea...thank you

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak saya sedih sangat harini saya lepasan spm 2017 saya mintak law uitm dlm upu first choice law kptm kedua law uitm ketiga law uia, smua xdpt so saya buat rayuan upu, spm saya sejarh A+ english A bm A- mathmod A dan dpt 5A kesemua tiada gagal kecuali addmath E, saya dri aliran sainas, so dgnsedih hati saya terpaksa smbung belajar msuk matrik sains. Saya xminat sains klau leh saya nak law sbb baca dan hafal shja saya mmg minat sejarah. Nk tnya klau second intake msuk bulan brp hbis bulan brp? Hmm sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn sedih2 nnti mohon terus melalui bahagian pengambilan pelajar uitm pada 9 julai... tapi saya pulak sedih sbb eng b x penuh kritiria

      Delete
    2. Salam. Dapat masuk ke Asasi Law 2nd intake ke, sambung sains? Saya lepasan spm 2018 dan sedang menuntut di matriks course acc. Dulu masa spm pun aliran sains jugak tapi dapat Dip Electrical Engineering instead of Asasi Law. Thank you in advance.

      Delete
  6. Salam. Akak please tlg saya .Esok saya nk mendftr ke asasi uitm di dengkil .Saya nk tye baju hitam putih tu ade suggestion tk nk beli yg mcm mana ? Tlg kakkkkkkkkk huhu

    ReplyDelete
  7. klu english dpt B shj macam mana boleh ta

    ReplyDelete
  8. Saya dapat bm A- sej A bi A math A arab A pqs A- syariah B+ subjek sains saya semua C dan C+.
    Saya nak buat kptm pilihan pertama dan uitm pilihan kedua. Rasenye ade peluang tak nak dapat? Saya pilih kptm sebab lepas habis asasi saya nak pergi u lain nak sambung syariah pulak.

    ReplyDelete
  9. Saya dapat 2A dan 7B+ aliran satera..

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum kak,sy nak tanya kalaulah keputusan upu nanti keluar and saya tak dapat pilihan saya (foundation in law),boleh ke kalau saya nak biat rayuan? Kalau boleh nak buat macam mana ya?

    ReplyDelete
  11. Lepas Asasi Undang Undang KPTM, Diploma Undang Undang atau STPM atau A- Level boleh apply belajar di Universiti Malaya untuk jurusan Undang Undang ( Email :juris_eksternal@um.edu.my)

    ReplyDelete
  12. Kalau dapat 3A, 2B+1B 1C+ 1D 1E memang tak da harapan kan kak☺

    ReplyDelete