Saturday 21 May 2016

Pengalaman : Asasi Sains UiTM

Entry kali ni special sikit. Sebab apa? Aku ada jemput kawan² aku dari serata asasi untuk share serba serbi pengalaman dorang sebagai pelajar asasi kat institusi yang berlainan. Kira join venture lah. InshaAllah pengalaman yang dorang sudi share dengan korang ni akan beri manfaat.

First of all aku nak ucap terima kasih sebab kawan aku ni berbesar hati untuk share kehidupan dia sebagai seorang pelajar asasi uitm. Pengalaman kali ni adalah hasil perkongsian daripada saudari Nurul Fadhilah *schoolmate aku masa f4 & f5*

*****
BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk menggunakan jari jemari halus untuk kongsikan sedikit (banyak ok) info tentang Asasi Sains di UiTM. Pertama dan selama-lamanya TAHNIAH diucapkan kepada pelajar/mahasiswa yang akan menghadap Asasi Sains di UiTM, kerana dalam lebih daripada belasan ribu orang yang memohon, anda telah terpilih untuk menjadi sebahagian daripada mahasiswa di UiTM. Asasi Sains yang juga dikenali sebagai Foundation in Science (FIS) adalah salah satu program Asasi yang ditawarkan oleh UiTM yang berpusat di UiTM Kampus Dengkil (Kampus baru sejak 2015). Nak dijadikan cerita, dulu UiTM ni punya Asasi merata, ada di Shah Alam, Puncak Alam dan sebagainya. So, dulu Asasi Sains ni berada di UiTM Puncak Alam (PALAM) tapi sekarang Centre for Foundation Studies (CFS) berpusat di UiTM Kampus Dengkil. Sebagai akak-akak pioneer yang tinggal di UiTM Dengkil selama satu semester je takde lah banyak sangat yang akak boleh share. Tapi inshaAllah akak harap akak dapat share sepenuhnya untuk adik-adik yang nak tahu tentang Asasi Sains di UiTM ni.

Antara subjek yang akan dihadapi oleh bebudak FIS di UiTM Dengkil ni ialah BIOLOGY, CHEMISTRY, PHYSICS, MATHEMATICS, CTU (macam agama) & ELC (English). Untuk dapatkan 4 rata yang sering diimpikan kita kena score semua subjek tersebut. Nampak macam banyak je kan. Bersyukur, sebab bagi akak subjek yang UiTM bagi taklah berat mana kalau ni bandingkan Uni lain. Tapi tak berat pun kenalah skor no matter what. Okay untuk system markah ni, 50% memang di ambil dari carry mark yang consists of 2 Tests ( Test 1 & 2 ), Quizes ( Depends on lecturer ), assigntments ( depends on lecturer gak), presentations (depends on lecturer), essay, dan sebagainya. Macam mana nk kira? Masuklah dulu. InshaAllah lecturer akan terangkan satu per satu. Lagi 50% tu depends on Final Exam kita. Untuk grading UiTM akak tak berapa pasti sangat tapi inshaAllah kalau carry mark above 40, kita dah boleh aim untuk dapatkan A- sekurang-kurangnya. inshaAllah. Tapi final memang kena pulun habis. Hehehehe. Okay kelas start seawal 8.30 pagi, paling lewat kelas 6.30 petang tapi jangan risau gap antara kelas tu 10 minit, sempat je nak nap sekejap (tipu gila) hehehe, kalau gap waktu Zuhur serious boleh balik rumah (Kolej) untuk makan and solat. Orang kata nak tidur 10 minit pun sempat je, sebab memang berlari je daripada blok akademik ke kolej. Tak percaya? Sebab Kampus Dengkil ni kecik je. Kawan jerit kat padang pun kita boleh dengar lagi. Biasanya akak kalau kelas 8.30, 8.15 pun relaks lagi jalan. Tapi, nak menuntut ilmu ni, kita kena datang awalkan, doa apa patut… jangan lah lewat-lewat tak baik. Okay macam mana system lecture/kuliah? Kita akan gabung dengan sebuah kelas je (paling sikit), paling banyak 5 kelas gabung sekali, tu pun depends on timetable. 5 kelas gabung sekali akan belajar dekat dalam lecture hall. Kalau 2 kelas je gabung sekali memang dalam kelas jelah. Tapi jangan risau cukup je. And Alhamdulillah selesa sangat. Don’t worry. 

Okay habis cerita pasal tu, kita bercerita pasal kolej pulak. Untuk siswa (lelaki) ada 3 blok kolej, Tualang 1,2 & 3. Untuk siswi (perempuan) ada 3 blok kolej jugak , Dahlia 1,2 & 3. Satu rumah consists of 6 orang , ada 3 bilik tidur dan satu bilik 2 orang. Apa ada dalam bilik? Untuk setiap bilik cuma ada katil & locker besi je. Memang kecik sikit tapi muat je nak solat and orang kata bila bilik lagi kecik ni lagi dekat, memang pun terasa ukhuwahnya~~ meja study disusun sebaris dekat luar, memang best suasana macam ni sebab kalau nak tidur, terus masuk bilik tanpa gangguan, inshaAllah ehehehe. Setiap rumah ada 2 bilik air (bershower) memang takkan berebut toilet pun, sebab tak semua ada kelas pagi. So jangan lah risau sangat. Ampaian ada dekat balcony, memang mula-mula rasa macam tak muatnya ampaian ni, tapi jangan complaint ok! Gilir-gilir lah nak basuh baju, fikir sebagai seorang hamba Allah yang tak selfish ye? Kemudahan mesin basuh ada siap pengering lagi haaaa kelas betul tapi jangan weekend baru nak basuh baju memang beratur panjang lah hahaha. So set time and hari yang tak busy untuk basuh baju. Kolej siswi memang dipagar so siswa takkan dapat masuk kolej perempuan. Nak jogging petang-petang amatlah digalakkan boleh je keliling kolej Dahlia untuk rasa secured sikit. Ada court tenis, netball, badminton di setiap kolej. Court futsal tak silap ada 2 tapi selalunya akan dipenuhi pelajar lelaki so nak tengok perempuan berfutsal memang jarang sekali. Setiap blok ada sediakan surau. Tapi nak rajin boleh jalan ke Pusat Islam untuk solat jemaah, tak jauh pun. Apa lagi ye? Cukuplah itu sebagai info paling random akak boleh kasi, nak tahu kenalah rasai pengalaman hidup di UiTM Dengkil, berbaloi inshaAllah. Selesa and sangatlah best! Last but not least, bila mana Allah telah memilih kita menjadi seorang pelajar, maka belajarlah bersungguh-sungguh hingga ke penghujungnya, kerana sesiapa yang berjalan ke majlis ilmu, akan dipermudahkannya jalan ke Syurga. Siapa taknak Syurga betul tak? Foundation life? Just relax and enjoy~ you gonna do it!


*****
Semoga bermanfaat, guys.

24 comments:

  1. salam akak , ada x kwn akak yg dpt c chem masuk asasi sains uitm ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, tak perasan pula dik. Dah lama SPM dah tak ingat. Better awak check kat upu, boleh tengok sama ada awak layak memohon atau tak asasi tu. Kalau layak mohon, then mohon je. Dapat tak dapat tu lain cerita.

      Delete
  2. kalau dapat c addmath peluang nak masuk asasi sains uitm cam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kurang tau pasal tu. Cuba awak tengok kat upu akan ada syarat mminimum untuk amik course tu. Yang saya tau, Unimas dan UMS (kalau tak silap) terima C solid untuk masuk asasi dorang.

      Delete
  3. Salam sis, just nak tnya psal roomate . Adakah roomate kite nnti sememangnya same course ataupun rndom ? And bleh pilih member sndiri x? 🙏🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau asasi uitm, korang akan duduk dalam rumah tau. satu rumah tu ada 3 bilik. Satu rumah tu korang akan dapat orang secara random. Means tak semestinya satu course. Nak sebilik dengan member tu tak sure boleh ke tak. Kalau nak, better datang awal and beratur sekali dengan member korang tu. InshaAllah dapat. Kalau nak request tu tak pasti.

      Delete
  4. as'slm sis..sy dpt A+ dlm chem n fiz..tp adm sy slow sikit.dpt B+ je..rasa2nya peluang untuk sy dpt result yg baik dlm asasi ada x?

    ReplyDelete
  5. Penggunaan laptop semasa study asasi di uitm sgt penting dan membantu atau tidak?

    ReplyDelete
  6. Pemakaian kat asasi macam mane pulak ye? Pakai casual ke tiap2 hari?

    ReplyDelete
  7. Assalam,, sis saya fizik saya dpat b dan kimia saya dapat b+ j.. Sis rasa saya berpeluang tak skor dalam asasi sains?

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak,nk tnya.. drpd asasi uitm kita nk sambung degree di U lain senang tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asasi uitm adalah salah satu asasi yang tak jamin korang masuk UiTM for degree. Memang korang akan apply balik UPU and dalam UPU tu korang boleh pilih mana2 u yang korang nak.

      Delete
  9. Assalamualaikum. Asasi sains boleh ambik engineering ke??

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Asasi sains boleh ambik engineering ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh je sebab asasi sains uitm ni ada belajar physics and maths.

      Delete
  11. Salam. Kak nak tanya kalau masuk asasi sains kalau pointer x lepas 3.5 kena repeat atau boleh terus masuk degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. OMG adik, 3.5 tu tak semua org boleh dapat tau eventho yg masuk foundation ni orang yang cemerlang SPM. Takpe awak tak tau sbb tu awak tanya kan? Sorry. Nope, tak kena repeat pun. Kalau dpt 3.5 kena repeat nescaya, ramailah student foundation tak masuk degree. Tips dia bila dpt pointer below than 3.00, yes you can pursue degree tp kena pandai pilih course. Jgn la pilih medic or engineering, mmg tak dpt lah. So, pilih lah course yang sesuai dgn kelayakan awak, gitu. Harap menjawab soalan.

      Delete
  12. asasi sains uitm boleh sambung degree pergigian tak?

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum kak..saya nk tanya ni... kalau amek asasi sains uitm kan, nnti wktu degree boleh sambung apa je???? mohon penjelasan ye kak.. ^^

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum kak, before masuk asasi ni, dia panggil temu duga dulu ya ? Tq

    ReplyDelete