Thursday 26 March 2015

Form 6, Matriks, Asasi atau Diploma?

Assalamualaikum. Hi, guys.
Mesti korang wondering kan. Apa beza Form 6, Matrik, Asasi, Diploma? Lepas tu kusut nak ambil yang mana satu. 

Okay let's start with Form 6.

Form 6
Macam yang korang tahu, Form 6 ni masih terlibat dengan sekolah. Dan banyak yang tak nak masuk form 6 sebab kena pakai uniform. Sekarang form 6 dah maju tau. Ada sesetengah sekolah yang pakai formal je. Korang janganlah risau, universiti masih ada kuota untuk pelajar lepasan STPM. 

Matrikulasi
Program matrik ni ada orang dapat untuk setahun, ada yang dapat 2 tahun. Macam mana nak tahu? Offer letter nanti dia bagi tahu okay? Bila masuk matrikulasi semua dalam pusat pengajian adalah batch korang. Semua sebaya. Kehidupan dalam matrikulasi ni lebih kurang macam asrama. Sebab korang akan ada kelas pada waktu yang sama. Maksudnya, kalau ada kelas semua kena pergi. Kalau yang tak pergi tu pontenglah jawabnya. Kalau korang nak tau, masuk matrik dpt elaun.


Asasi
Bila korang masuk asasi, korang akan mix dengan student diploma, degree or even master and PhD. Kiranya student asasi ni lalui kehidupan universiti lah. Asasi ni selalunya 2 semester. Ada juga yang 4 semester macam UIA. Ada juga program asasi yang more likely akan sambung degree kat universiti yang sama. Contohnya upm, uia, usim. Nak buat degree kat universiti lain pun boleh. Korang kena isi upu balik and compete dengan lepasan matrik dan STPM. Asasi pun dapat elaun tau. 

Diploma
Mesti korang selalu dengar yang diploma ni bazir masa kena buat 3 tahun kan? Sebenarnya, bila korang korang ambil diploma lepas tu sambung degree dalam bidang yang sama, degree yang 4 tahun tu akan dipendekkan jadi 2 tahun je. So, sum up 3 + 2 = 5. Sama je. Kenapa degree jadi pendek? Haaa... sebab, korang akan dapat transfer credit (TC) apa yang korang belajar time degree tu dah belajar time diploma. Sebab tu orang diploma yang sanbung degree dipanggil transfer kredit and yang lepasan asasi/matrik/STPM dipanggil fresh degree. 

Terpulang kepada korang nak sambung yang mana satu. Ikut kesesuaian course yang korang nak juga. 

Last but not least, jangan tak semestinya masuk asasi tu budak pandai, masuk diploma tak pandai. Itu terpulang kepada individu nak pilih yang mana satu dia nak sambung. Stop typical thinking, kawan. 


GSB

No comments:

Post a Comment